Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Showing posts with label RumahTerbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011. Show all posts
Showing posts with label RumahTerbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011. Show all posts

Friday, June 10, 2011

PM Dijangka Hadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 11 Jun

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
PM Dijangka Hadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 11 Jun
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2011 di sini pada 11 Jun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata majlis rumah terbuka itu dijangka dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Beliau berkata turut dijangka hadir pada majlis rumah terbuka itu yang akan diadakan di Padang Merdeka di sini ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

“Kita berharap lebih 15,000 orang akan hadir pada majlis ini yang akan menonjolkan kebudayaan masyarakat Kadazandusun,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjuran majlis rumah terbuka itu di sini Jumaat.

Beliau berkata majlis rumah terbuka itu, yang diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan atau pesta menuai di Sabah, dijangka diserikan dengan persembahanpenyanyi terkenal Sabah, Stacy, yang merupakan juara Akademi Fantasia 6. - BERNAMA


Acara ini dijangka akan disiarkan secara langsung, berdasarkan kehadiran studio bergerak RTM di tapak Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011.
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011

Thursday, June 9, 2011

Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1

Majlis Rumah Terbuka Malaysia, Tadau Kaamatan 2011

Tarikh: 11 Jun 2011 Tempat:Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah Masa: 7.30 petang Acara:
01.Tarian Sumazau 1000 penari (rekod malaysia)
02.Persembahan artis-artis tempatan-Jimmi Palikat, Fauziah Gambus,Clarice John Matha,Din Bisa,Stacy dan banyak lagi
03.Peragaan Unduk Ngadau
004. banyak lagi... Sekitar Persediaan Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011

Studio bergerak RTM 
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Pentas Utama dalam persiapan
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Gerai pameran dan jualan
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Pentas Utama
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Pentas Utama
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
'Lingkut' atau 'Tangkob' tempat menyimpan tuaian padi
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Pondok Tradisi
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
mesti mau datang bah di Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011

Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails