Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Thursday, June 23, 2011

Benih padi hibrid Siraj

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Benih padi hibrid “Siraj”.
KANGAR 23 Jun - Benih padi hibrid “Siraj” yang berkualiti dan berkeupayaan meningkatkan hasil pengeluaran padi negara, akan berada di pasaran mulai Ogos ini, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Datuk Dr. Abdul Shukor Abdul Rahman hari ini. Sebagai permulaan, 200 tan metrik benih padi itu akan dipasarkan tahun ini dan akan ditingkatkan kepada 2,000 tan metrik pada tahun depan, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian stesen penyelidikan padi hibrid Mardi Perlis dan pelancaran pengkomersialan padi hibrid Siraj oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Tambun Tulang dekat sini hari ini. - Bernama

lagi info benih Padi Siraj

Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri Mardi, Ariffin Tawang berkata, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya memperakukan penggunaan benih Siraj bagi penanaman padi di seluruh negara, dalam usaha menghasilkan sendiri keperluan beras dalam negara.


Beliau berkata, benih hibrid Siraj setakat ini berjaya menepati tiga kriteria ditetapkan iaitu mampu memberikan hasil tinggi, mempunyai daya tahan terhadap penyakit dan musuh padi serta menepati kualiti ditetapkan.

Benih Padi Siraj

Friday, June 10, 2011

PM Dijangka Hadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 11 Jun

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
PM Dijangka Hadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 11 Jun
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2011 di sini pada 11 Jun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata majlis rumah terbuka itu dijangka dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Beliau berkata turut dijangka hadir pada majlis rumah terbuka itu yang akan diadakan di Padang Merdeka di sini ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

“Kita berharap lebih 15,000 orang akan hadir pada majlis ini yang akan menonjolkan kebudayaan masyarakat Kadazandusun,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjuran majlis rumah terbuka itu di sini Jumaat.

Beliau berkata majlis rumah terbuka itu, yang diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan atau pesta menuai di Sabah, dijangka diserikan dengan persembahanpenyanyi terkenal Sabah, Stacy, yang merupakan juara Akademi Fantasia 6. - BERNAMA


Acara ini dijangka akan disiarkan secara langsung, berdasarkan kehadiran studio bergerak RTM di tapak Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011.
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011

Thursday, June 9, 2011

Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1

Majlis Rumah Terbuka Malaysia, Tadau Kaamatan 2011

Tarikh: 11 Jun 2011 Tempat:Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah Masa: 7.30 petang Acara:
01.Tarian Sumazau 1000 penari (rekod malaysia)
02.Persembahan artis-artis tempatan-Jimmi Palikat, Fauziah Gambus,Clarice John Matha,Din Bisa,Stacy dan banyak lagi
03.Peragaan Unduk Ngadau
004. banyak lagi... Sekitar Persediaan Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011

Studio bergerak RTM 
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Pentas Utama dalam persiapan
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Gerai pameran dan jualan
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Pentas Utama
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Pentas Utama
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
'Lingkut' atau 'Tangkob' tempat menyimpan tuaian padi
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Pondok Tradisi
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
mesti mau datang bah di Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011

Thursday, May 12, 2011

Unduk Ngadau Inanam 2011

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Unduk Ngadau Inanam 2011 sempena Tadau Kaamatan DUN Inanam.

Johan Unduk ngadau Inanam
Cheryl Lyn Pisinus 19 tahun.
akan  mewakili Inanam ke peringkat negeri KDCA 30 & 31 Mei 2011
Naib Johan
Natalie Christie Chong
Ketiga
Kassandra Anne Gilbert
Keempat
Shammey Tey
Kelima
Ketty Salapit
Keenam
Vynetta Salone
Ketujuh
Cynthia Ruth Matthew

Effarina Juara Sugandoi Bandaraya Kota Kinabalu

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Effarina Juara Sugandoi Bandaraya Kota Kinabalu.

8 Mei 2011.

Johan
Effarina Jaluman
wang tunai rm1000,sijil dan trofi

Naib johan
Shane Claudius Monjohi
wang tunai rm800,sijil dan trofi

Tempat ke-3
Feraddy Okuling
wang tunai rm500,trofi dan sijil

Hadiah saguhati
Agosta marcus,fred joane asoon,noryati jamil dan winnie kuntip
wang tunai rm200 dan sijil

Penyanyi paling popular
Agosta Marcus

Vocal terbaik
Shane Claudius Monjohi

Persembahan terbaik
Effarina Jaluman

masing2 menerima rm300 dan sijil

KDCA Hongkod Koisaan berwajah baru

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
KDCA Hongkod Koisaan berwajah baru cuba tengo sini

Tuesday, May 3, 2011

Monday, May 2, 2011

Persiapan pesta kaamatan 2011

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
sudah ada yang menganjurkan tadau kaamatan si dana sini, malah seawal bulan april pun sudah ada yang menganjurkan perayaan tadau kaamatan in. ada baiknya kerana jika semua kampung,mukim dan daerah menganjurkannya pada bulam may saya percaya pasti sibuk dan tidak sempat dan ada yang diunjurkan sehingga bulan enam (jun). jadual kaamatan tahun 2010

YB yang diundang juga tidak berkesempatan hadir untuk merasmikan tadau kaamatan kerana jadual yang bergitu ketat pada acara yang lain. begitu juga dengan pegawai daerah pastinya tidak sempat untuk menerima jemputan perasmian yang berpusu-pusi tiba. ini belum lagi termasuk tadau kaamatan yang dianjurkan oleh individu,organisasi atau badan bukan kerajaan seperti Kaamatan Pertisa dan kaamatan IPTA/S institut pengajian tinggi awam/awasta

saya berjalan-jalan di pekan dogonggon tadi dan mendapati ada beberapa gerai yang mejual baju trasisi kaum kadazan dusun iaitu 'tinandai'. pada amnya baju ini dibuat daripada kain baldu dan disulam dengan pelbagai manik-manik.harganya pun agak mahal memandangkan ia adalah istimewa.
tinandai-baju tradisi kdm


disamping persiapan penganjuran tidak kurang sibuk juga persediaan dari peserta2 seperti peserta unduk ngadau setiap daerah dan juga peserta sugandoi

penambahbaikan KDCA tempat dimana acara Pesta kaamatan peringkat negeri selama 2 hari (30-31 may)

beginilah keadaan rumah2 pondok setiap etnik atau daerah yang sedang dinaik taraf.



pesta kaamatan,unduk ngadau,sugandoi,KDCA sedang dinaik taraf
pintu gerbang,jambatan dan kolam
pesta kaamatan,unduk ngadau,sugandoi,KDCA sedang dinaik taraf
pentas utama acara luar
pesta kaamatan,unduk ngadau,sugandoi,KDCA sedang dinaik taraf
dewan utama KDCA
pesta kaamatan,unduk ngadau,sugandoi,KDCA sedang dinaik taraf
jambatan ke rumah2 mukim
saya pasti tadau kaamatan pada tahun ini 2011 lebih meriah namun pada itu saya takut kalau2 sekali lagi ia terkeluar dari tujuan asal dan adat budaya orang pribumi sabah

Thursday, April 21, 2011

Jadual Tadau Kaamatan 2011

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan 2011
Jadual Tadau Kaamatan 2011



1 Mei Tuaran/Tamparuli (Pelancaran)
7 Mei Kudat
8 Mei DUN Inanam

10 Mei Kota Kinabalu miampai kalamazan 'karnival' (11-13)
12-13 Mei Bandaraya Kota Kinabalu
12 Mei Matunggong,Tongod
13 Mei Pagalongan, Beaufort
13-15 Mei Bengkoka,Penampang,L.Datu,Putatan,Kemabong
15 Mei Sook,Tenom,Kota Belud,Membakut
18 Mei Bangi

12 Mei Tambunan,Ranau,Kunak,Kota Marudu
22 Mei Kuala Penyu,Menumbok,Keningau,Kota Marudu
25 Mei Sipitang
30-31 Hongkod Koisaan

Peringkat Kampung

8 Mei Kampung Luagan Beaufort
16 April Mukim Lintuhun,Tambunan
30 April Telipok Darat
28 Mei Kg.Karanaan Tambunan



Jika anda ada mengetahui tentang tarikh Tadau Kaamatan di peringkat anda samada daerah atau kampung sila tinggalkan tarikh dan kawasan pada komen. Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan 2011 kumaa toinsanan.
unduk ngadau 2011 lintuhun tambunan
pemenang unduk ngadau aka ratu cantik Tadau Kaamatan Mukim Lintuhun Tambunan,Sabah (2011)

*Tadau Kaamatan lain-lain tempat*
-maklumat dari facebook
01. tadau kaamatan klang valley (sudah berlalu)
02. tadau gawai kaamatan Pulau pinang(sudah berlalu)

Sunday, April 10, 2011

Pesta Kalimaran 2011 Tenom Sabah

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Pesta Kalimaran 2011 Tenom Sabah Seperti Pesta Kaamatan, Pesta Kalimaran diadakan setiap tahun oleh suku kaum Murut Sabah. Pesta ini biasanya diadakan di Tenom, satu daerah pedalaman di sabah. Memandangkan integrasi nasional sedang dipromosikan maka semua kaum di sabah (lebih dari 30 suku) dijemput bukan saja memeriahkan tetapi juga mengambil bahagian dalam aktiviti dan persembahan yang diadakan.
pesta kalimaran
gambar atas acara wajib Tarian Mogunatip
pesta kalimaran, tarian mogunatip
Peserta Ratu Kalimaran (serupa unduk ngadau)
pesta kalimaran, ratu kalimaran
gambar diatas adalah gambar arkib. dipromosikan oleh Sabah Tourism Board / Lembaga Pelancongan Sabah sini

Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails