Is she Miss USA or "Miss Hezbollah USA"?Di negeri kita pula sibuk menganjurkan pesta kaamatan di sana-sini, dan satu yang saya rasa perlu diperbetulkan adalah penerimaan bangsa lain dalam menyertai Unduk Ngadau. Ia sepatutnya di sertai oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut sahaja atau ringkasnya KDM. Istilah sino juga tidak dapat diterima untuk menyertai, sedangkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara sendiri tidak mengiktiraf perkataan sino dalam pembikinan kad pengenalan.
Lain pula terjadi di daerah Beaufort dimana pemenang Unduk Ngadaunya berbangsa Punjabi. Jika kita melihat definisi Huminodun- dia adalah gadis dusun yang telah berkorban untuk bangsanya ketika dilanda kacau-bilau suatu masa dahulu. Bahagian badannya yang dipotong-potong telah menjadi tumbuhan dan seterusnya menyelamatkan bangsa dusun yang kebuluran ketika itu. Persoalannya disini, adakah dengan kemenangan bangsa punjabi ini menyatakan yang masyarakat KDM juga hidup kerana pengorbanan dari bangsa punjabi.
Peserta ini tidak boleh dipersalahkan seratus peratus. Intipati disini adalah integriti dan pemahaman yang dalam dari pihak penganjur. Adakah mereka memahami apa itu unduk ngadau atau huminodun dan kenapa ia diadakan.
Di pihak peserta mereka tidak kisah tentang gelaran huminodun tak kisah la peserta dari kalangan KDM apatah lagi bangsa lain.
Gadis-gadis ini sebenarnya sedang membina 'profile' mereka atau apa yang kita panggil 'resume', maka itu mereka tidak kisah gelaran unduk ngadau apatah lagi huminodun.
Yang mereka kisahkan adalah gelaran ratu cantik. Nampaknya ada permainan dengan istilah. Unduk ngadau dan huminodun dianggap tidak komersial berbanding ratu cantik.
Kemenangan ini akan mereka bawa ke pertandingan seterusnya sekalipun bukan dalam pesta kaamatan. Jadi boleh dikatakan bahawa gelaran Unduk Ngadau adalah 'stepping stone' untuk mereka pergi lebih jauh lagi. Sebab itu juga walaupun mereka bukan dari kalangan KDM mereka mencuba nasib untuk memohon menyertai pertandingan ini. Terpulang kepada pihak penganjur untuk membuat penilaian yang sepatutnya dengan mengambilkira adat warisan budaya KDM sebelum mengambil mereka.
last but not least hayatilah lagu KONIAB AU NODI GUMULI POH
Linundus dilo Kinabalu
Rinusod di aki odu tokou
Nulu do kointutunan pogun tokou
Linundus nu daa oi umandak
Nga natagak ko'id tanga ralan
Au nodi kotutun do tobpinai
CHO:
Iti noh koihadan do ginawo ku
Koniab au nodi gumuli poh
Baino ti gumu tulun kaya
Kosorong ngaawi lamin diolo
Au nodi atama'an moi ambalut
Baino ti gumu tanak tuan
Au nodi moboros Kadazan
Au nodi mangakan do lombiding
(CHO)
Rumomol dilo gumpai talun
Pintoliban do sakag wagu
Louson ka om au kotutun do ta'akanon
Linuhab tanah tungkus tokou
Nolosod notobus do wokon
Ouyong nodi tumakad tulun tokou
Sinapou daa tulun tokou
Nung sopirati om misompuru
Asanang daa mingkakat om sumurut
Iti sinding mogowit pason
Poposorou nasib dumontol
Alansan kaanu do ponontudukan
(CHO)
No comments:
Post a Comment