Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Thursday, June 23, 2011

Benih padi hibrid Siraj

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Benih padi hibrid “Siraj”.
KANGAR 23 Jun - Benih padi hibrid “Siraj” yang berkualiti dan berkeupayaan meningkatkan hasil pengeluaran padi negara, akan berada di pasaran mulai Ogos ini, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Datuk Dr. Abdul Shukor Abdul Rahman hari ini. Sebagai permulaan, 200 tan metrik benih padi itu akan dipasarkan tahun ini dan akan ditingkatkan kepada 2,000 tan metrik pada tahun depan, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian stesen penyelidikan padi hibrid Mardi Perlis dan pelancaran pengkomersialan padi hibrid Siraj oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Tambun Tulang dekat sini hari ini. - Bernama

lagi info benih Padi Siraj

Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri Mardi, Ariffin Tawang berkata, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya memperakukan penggunaan benih Siraj bagi penanaman padi di seluruh negara, dalam usaha menghasilkan sendiri keperluan beras dalam negara.


Beliau berkata, benih hibrid Siraj setakat ini berjaya menepati tiga kriteria ditetapkan iaitu mampu memberikan hasil tinggi, mempunyai daya tahan terhadap penyakit dan musuh padi serta menepati kualiti ditetapkan.

Benih Padi Siraj

2 comments:

Unknown said...

Resistant terhadap makhluk perosak kah juga ni? Bagus tu kalau padi cepat tumbuh n dituai.. Boleh 3x setahun, ehe..

Nama 'Siraj' tu macam nama dengan seorang kawan asrama dulu, hua2..

Jemput Baca: SUMBU #04 JULAI DITERBITKAN!

All Thing Viral said...

@Samizul.net
rasa2nya memang tahan serangan serangga ni. ha..ha memang macam nama orang bah tu Siraj

Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails