Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Tuesday, December 1, 2009

Serangan Padi Angin

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Apa itu Padi Angin?

Padi angin juga adalah jenis Padi. Padi angin adalah sejenis padi yang mempunyai sifat biji mudah lerai(mudah terpisah daripada ranting/jerami) dan kehadirannya di sawah boleh menyebabkan kehilangan hasil padi antara 10 hingga 90 peratus.
Padi jenis ini sebenarnya adalah hampas padi, sebabnya ialah ia tidak mempunyai isi, jika ada pun ia kempis, tidak seperti padi biasa yang penuh berisi.

Ia juga masak lebih awal antara 10 hingga 25 hari dan apabila bijinya gugur ia akan tumbuh semula dari musim ke musim. Bermakna jika dibiarkan padi angin ini sentiasa tumbuh seperti lalang yang tidak dikawal.

Menurut kajian Jabatan Pertanian Padi Angin ini telah tersebar dikawasan seperti Kota Marudu (1100 hektar),Penampang (8 hektar), Tenom (40 hektar),Papar(50 hektar) dan Kota Belud (500 hektar)

Penyebaran Padi Angin ini mungkin disebabka oleh jentera pembajak dan penuai yang tidak bersih. Oleh itu Yahya Hussin menyarankan supaya pemilik jentera berkenaan mendaftarkan mesin mereka kepada jabatan pertanian sebelum memulakan kerja.
Dalam bahasa Dusun ada perkataan yang berbunyi Limpunuk yang merujuk kepada padi yang tiada isi.

Cara Mengatasi?
Selain yang disebutkan diatas. Sila lihat brosur ini mengikut kajian Mardi. Disini
Viedo dibawah ini pula menerangkan bagaimana memisahkan Biji padi dari tangkainya.

Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails