Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Showing posts with label Padi Angin. Show all posts
Showing posts with label Padi Angin. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

Benih padi hibrid Siraj

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Benih padi hibrid “Siraj”.
KANGAR 23 Jun - Benih padi hibrid “Siraj” yang berkualiti dan berkeupayaan meningkatkan hasil pengeluaran padi negara, akan berada di pasaran mulai Ogos ini, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Datuk Dr. Abdul Shukor Abdul Rahman hari ini. Sebagai permulaan, 200 tan metrik benih padi itu akan dipasarkan tahun ini dan akan ditingkatkan kepada 2,000 tan metrik pada tahun depan, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian stesen penyelidikan padi hibrid Mardi Perlis dan pelancaran pengkomersialan padi hibrid Siraj oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Tambun Tulang dekat sini hari ini. - Bernama

lagi info benih Padi Siraj

Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri Mardi, Ariffin Tawang berkata, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya memperakukan penggunaan benih Siraj bagi penanaman padi di seluruh negara, dalam usaha menghasilkan sendiri keperluan beras dalam negara.


Beliau berkata, benih hibrid Siraj setakat ini berjaya menepati tiga kriteria ditetapkan iaitu mampu memberikan hasil tinggi, mempunyai daya tahan terhadap penyakit dan musuh padi serta menepati kualiti ditetapkan.

Benih Padi Siraj

Wednesday, December 22, 2010

Padi baru Sri Padasan

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Baru-baru ini padi baru Sri Padasan telah diperkenalkan dan petani di daerah Keningau, Sabah telahpun menjadi perintis kepada penanaman padi jenis Padasan ini.

Antara keunggulan Padi Padasan ini adalah seperti:
  • Tahan penyakit
  • Boleh membesar dengan baik walaupun kurang air
  • Ditanam 3 kali setahun
Gambar Hiasan
Secara specifiknya program perintis bagi padi baru ini adalah di Kg.Ambual, Keningau seluas kira-kira 100 ekar.

Bagaimana ia ditemui?
Berlaku apabila petani menghadapi masalah terusan yang dialirkan dari Sungai Pegalan. Ini menyebabkan Jabatan Pertanian mencari variasi padi jenis MR159 (yg ditanam sebelumnya), maka terhasillah Padi Sri Padasan.

Sesiapa yang berminat mengenai padi ini bolehlah menghubungi Jabatan Pertanian Keningau.

Monday, February 8, 2010

Beras tak perlu masak

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Selamat membaca kepada pengunjung. Happy browsing to visitor.
Baru-baru ini sekumpulan saintis dari India mendakwa telah menghasilkan padi yang mana berasnya tidak perlu dimasak untuk dimakan.
Bagaimana untuk memakannya?
Beras jenis ini adalah dalam pembangunan namun telah di jalankan percubaannya. Jadi utuk memakannya cukup untuk merendamnya kedalam air (mestilah air masak) dan dimakan begitu sahaja apabila ia 'masak'.
Badan yang bertanggungjawab terhadap penyelidikan ini ialah Central Rice Research Institute (CRRI), lebih kurang MARDI la kalau di Malaysia.
Info India
Negara india mempunyai 1.17 billion penduduk (stat july 2009) dengan kepadatan penduduk yang tinggi. India juga menghadapi kekurangan makanan yang serius dan pada pendapat saya kemiskinanlah yang telah mendorong kepada penyelidikan ini.
English
Agricultural scientists in India say they have developed a variety of rice that requires no cooking and can be eaten simply after being soaked in water. (8 Feb 2010)
yahoo news.

Tuesday, December 1, 2009

Serangan Padi Angin

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Apa itu Padi Angin?

Padi angin juga adalah jenis Padi. Padi angin adalah sejenis padi yang mempunyai sifat biji mudah lerai(mudah terpisah daripada ranting/jerami) dan kehadirannya di sawah boleh menyebabkan kehilangan hasil padi antara 10 hingga 90 peratus.
Padi jenis ini sebenarnya adalah hampas padi, sebabnya ialah ia tidak mempunyai isi, jika ada pun ia kempis, tidak seperti padi biasa yang penuh berisi.

Ia juga masak lebih awal antara 10 hingga 25 hari dan apabila bijinya gugur ia akan tumbuh semula dari musim ke musim. Bermakna jika dibiarkan padi angin ini sentiasa tumbuh seperti lalang yang tidak dikawal.

Menurut kajian Jabatan Pertanian Padi Angin ini telah tersebar dikawasan seperti Kota Marudu (1100 hektar),Penampang (8 hektar), Tenom (40 hektar),Papar(50 hektar) dan Kota Belud (500 hektar)

Penyebaran Padi Angin ini mungkin disebabka oleh jentera pembajak dan penuai yang tidak bersih. Oleh itu Yahya Hussin menyarankan supaya pemilik jentera berkenaan mendaftarkan mesin mereka kepada jabatan pertanian sebelum memulakan kerja.
Dalam bahasa Dusun ada perkataan yang berbunyi Limpunuk yang merujuk kepada padi yang tiada isi.

Cara Mengatasi?
Selain yang disebutkan diatas. Sila lihat brosur ini mengikut kajian Mardi. Disini
Viedo dibawah ini pula menerangkan bagaimana memisahkan Biji padi dari tangkainya.

Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails