Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Showing posts with label kaamatan. Show all posts
Showing posts with label kaamatan. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1

Majlis Rumah Terbuka Malaysia, Tadau Kaamatan 2011

Tarikh: 11 Jun 2011 Tempat:Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah Masa: 7.30 petang Acara:
01.Tarian Sumazau 1000 penari (rekod malaysia)
02.Persembahan artis-artis tempatan-Jimmi Palikat, Fauziah Gambus,Clarice John Matha,Din Bisa,Stacy dan banyak lagi
03.Peragaan Unduk Ngadau
004. banyak lagi... Sekitar Persediaan Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011

Studio bergerak RTM 
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Pentas Utama dalam persiapan
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Gerai pameran dan jualan
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Pentas Utama
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Pentas Utama
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
'Lingkut' atau 'Tangkob' tempat menyimpan tuaian padi
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Pondok Tradisi
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011
mesti mau datang bah di Rumah Terbuka Malaysia - Tadau Kaamatan 2011

Thursday, May 12, 2011

Unduk Ngadau Inanam 2011

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Unduk Ngadau Inanam 2011 sempena Tadau Kaamatan DUN Inanam.

Johan Unduk ngadau Inanam
Cheryl Lyn Pisinus 19 tahun.
akan  mewakili Inanam ke peringkat negeri KDCA 30 & 31 Mei 2011
Naib Johan
Natalie Christie Chong
Ketiga
Kassandra Anne Gilbert
Keempat
Shammey Tey
Kelima
Ketty Salapit
Keenam
Vynetta Salone
Ketujuh
Cynthia Ruth Matthew

Effarina Juara Sugandoi Bandaraya Kota Kinabalu

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Effarina Juara Sugandoi Bandaraya Kota Kinabalu.

8 Mei 2011.

Johan
Effarina Jaluman
wang tunai rm1000,sijil dan trofi

Naib johan
Shane Claudius Monjohi
wang tunai rm800,sijil dan trofi

Tempat ke-3
Feraddy Okuling
wang tunai rm500,trofi dan sijil

Hadiah saguhati
Agosta marcus,fred joane asoon,noryati jamil dan winnie kuntip
wang tunai rm200 dan sijil

Penyanyi paling popular
Agosta Marcus

Vocal terbaik
Shane Claudius Monjohi

Persembahan terbaik
Effarina Jaluman

masing2 menerima rm300 dan sijil

Wednesday, May 26, 2010

Pengertian Unduk Ngadau sudah terkeluar

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Baru-baru ini kita dikejutkan (kalaulah  ia satu kejutan) dengan kemenangan pertama wanita muslim dalam Miss USA, iaitu Rima Fakih, 24 tahun yang berkerja sebagai marketing executive. Peristiwa ini dilihat dari sudut agama dan bukan bangsa atau budaya seperti yang akan saya huraikan berikutnya.

Is she Miss USA or "Miss Hezbollah USA"?
Di negeri kita pula sibuk menganjurkan pesta kaamatan di sana-sini, dan satu yang saya rasa perlu diperbetulkan adalah penerimaan bangsa lain dalam menyertai Unduk Ngadau. Ia sepatutnya di sertai oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut sahaja atau ringkasnya KDM. Istilah sino juga tidak dapat diterima untuk menyertai, sedangkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara sendiri tidak mengiktiraf perkataan sino dalam pembikinan kad pengenalan.

Lain pula terjadi di daerah Beaufort dimana pemenang Unduk Ngadaunya berbangsa Punjabi. Jika kita melihat definisi Huminodun- dia adalah gadis dusun yang telah berkorban untuk bangsanya ketika dilanda kacau-bilau suatu masa dahulu. Bahagian badannya yang dipotong-potong telah menjadi tumbuhan dan seterusnya menyelamatkan bangsa dusun yang kebuluran ketika itu. Persoalannya disini, adakah dengan kemenangan bangsa punjabi ini menyatakan yang masyarakat KDM juga hidup kerana pengorbanan dari bangsa punjabi.

Peserta ini tidak boleh dipersalahkan seratus peratus. Intipati disini adalah integriti dan pemahaman yang dalam dari pihak penganjur. Adakah mereka memahami apa itu unduk ngadau atau huminodun dan kenapa ia diadakan.

Di pihak peserta mereka tidak kisah tentang gelaran huminodun tak kisah la peserta dari kalangan KDM apatah lagi bangsa lain.

Gadis-gadis ini sebenarnya sedang membina 'profile' mereka atau apa yang kita panggil 'resume', maka itu mereka tidak kisah gelaran unduk ngadau apatah lagi huminodun.

Yang mereka kisahkan adalah gelaran ratu cantik. Nampaknya ada permainan dengan istilah. Unduk ngadau dan huminodun dianggap tidak komersial berbanding ratu cantik.

Kemenangan ini akan mereka bawa ke pertandingan seterusnya sekalipun bukan dalam pesta kaamatan. Jadi boleh dikatakan bahawa gelaran Unduk Ngadau adalah 'stepping stone' untuk mereka pergi lebih jauh lagi. Sebab itu juga walaupun mereka bukan dari kalangan KDM mereka mencuba nasib untuk memohon menyertai pertandingan ini. Terpulang kepada pihak penganjur untuk membuat penilaian yang sepatutnya dengan mengambilkira adat warisan budaya KDM sebelum mengambil mereka.

last but not least hayatilah lagu KONIAB AU NODI GUMULI POH
Linundus dilo Kinabalu
Rinusod di aki odu tokou
Nulu do kointutunan pogun tokou
Linundus nu daa oi umandak
Nga natagak ko'id tanga ralan
Au nodi kotutun do tobpinai

CHO:
Iti noh koihadan do ginawo ku
Koniab au nodi gumuli poh

Baino ti gumu tulun kaya
Kosorong ngaawi lamin diolo
 Au nodi atama'an moi ambalut
 Baino ti gumu tanak tuan
 Au nodi moboros Kadazan
 Au nodi mangakan do lombiding
(CHO)

Rumomol dilo gumpai talun
Pintoliban do sakag wagu
  Louson ka om au kotutun do ta'akanon
 Linuhab  tanah tungkus tokou
 Nolosod notobus do wokon
 Ouyong nodi tumakad tulun tokou

Sinapou daa tulun tokou
Nung sopirati om misompuru
 Asanang daa mingkakat om sumurut
Iti sinding mogowit pason
 Poposorou nasib dumontol
Alansan kaanu do ponontudukan
(CHO)




Wednesday, October 14, 2009

UCAPAN KETUA MENTERI SABAH MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA TADAU KAAMATAN 2009

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
BERTEMPAT DI PADANG MERDEKA, KOTA KINABALU, PADA 07 JUN 2009, PUKUL 4.00 PETANG.



(Disampaikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan,

Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Infrastruktur)





1. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dan kurnia-Nya, kita sekali lagi dapat bersama-sama menghadiri dan seterusnya menjayakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan pada tahun ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Sabah, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Y.A.Bhg. Puan Sri Datin Hajah Norainee Haji Abdul Rahman ke Negeri Sabah sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2009.



2. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, khususnya kepada Y.B. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim atas komitmen untuk meneruskan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Pesta Kaamatan ini sebagai perayaan nasional yang sesungguhnya kaya dengan warisan tradisi dan budaya yang sungguh unik dan istimewa.



3. Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada masyarakat KadazanDusun dan Murut di seluruh negara. Seperti yang kita sedia maklum, perayaan Tadau Kaamatan diadakan sebagai menandakan rasa syukur ke atas hasil tuaian padi yang melimpah ruah, sambil melahirkan harapan agar hasilnya akan lebih meningkat lagi pada masa akan datang. Semangat kesyukuran ini turut diterjemahkan menerusi pelbagai aktiviti perayaan dan kesyukuran yang diadakan sepanjang bulan Mei pada setiap tahun.



4. Perayaan Tadau Kaamatan merupakan manifestasi ekonomi, sosial dan budaya Negeri Sabah yang perlu dihayati bukan sahaja oleh masyarakat KadazanDusun dan Murut tetapi juga oleh pelbagai lapisan rakyat di negara ini. Sepertimana yang kita saksikan pada hari ini, rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya membanjiri Padang Merdeka bukan sahaja untuk menyaksikan pelbagai acara yang diadakan, tetapi juga turut sama menjayakan program ini. Ia jelas membuktikan betapa kukuhnya semangat perpaduan dan muhibah sesama kita dalam negara yang berdaulat dan merdeka ini.



5. Keadaan ini sebenarnya menepati ciri-ciri yang digambarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak menerusi konsep ‘1 Malaysia’. Dalam konteks ini, saya percaya seluruh pemimpin dan rakyat di negeri ini berasa amat gembira dan terharu apabila Y.A.B. Perdana Menteri sendiri telah mengiktiraf dan mengakui bahawa Negeri Sabah merupakan contoh terbaik bagi menjayakan dan mendokong semangat ‘Satu Malaysia’. Hakikatnya, inilah realiti kehidupan rakyat pelbagai kaum dan etnik di Sabah yang perlu terus dipelihara dan dipertahankan.

6. Sesuai dengan ciri ‘acceptance’ atau penerimaan, yang merupakan salah satu daripada lapan ciri yang terkandung dalam konsep ‘1 Malaysia’, kita di Sabah sama sekali tidak menjadikan kepelbagaian dan kemajmukan kaum dan etnik sebagai batu penghalang atau jurang pemisah. Sebaliknya dengan semangat toleransi yang tinggi, kita menerima dan memanfaatkan kepelbagaian ini untuk menggembleng potensi dan kekuatan rakyat bagi menjadi pemangkin kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang kita nikmati selama ini.



7. Dengan semangat ‘1 Malaysia’, saya yakin ia akan mencetus kekuatan untuk kita mencipta lebih banyak kejayaan bagi menjana masa depan yang lebih baik. Inilah juga antara intipati tema perayaan Tadau Kaamatan pada tahun ini iaitu, “Bersama Membentuk Masa Depan Yang Lebih Baik”. Justeru, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia di Sabah agar terus memperkukuhkan komitmen serta iltizam untuk sama-sama berusaha menghargai pengiktirafan yang telah diberikan oleh pimpinan negara dalam konsep ‘ 1 Malaysia’ dan seterusnya melonjakkan imej negara dan bangsa kita untuk terus berjaya dan disegani di serata dunia.



8. Perayaan Tadau Kaamatan ini juga mengandungi unsur-unsur positif sebagai pemangkin bagi mendepani pelbagai cabaran, khususnya kelembapan ekonomi semasa. Memandangkan perayaan ini sangat berkait rapat dengan sektor pertanian, maka pengiktirafan tinggi yang diberikan ke atas perayaan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dengan terus memajukan lagi sektor pertanian, terutamanya aktiviti penanaman padi bagi memenuhi keperluan tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada beras import. Oleh itu, saya berharap agar rakyat khususnya para petani dapat menghayati sepenuhnya mesej di sebalik perayaan Tadau Kaamatan ini dan sentiasa mengukuhkan tekad serta keazaman untuk terus meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian.



9. Suka saya menegaskan bahawa Kerajaan Negeri menekankan pendekatan secara holistik dalam merancang dan melaksanakan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat. Dalam konteks ini, perayaan Tadau Kaamatan sebenarnya amat signifikan dengan pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang juga menekankan akan kepentingan untuk memartabatkan warisan kebudayaan dan kesenian rakyat tempatan. Kekayaan dan keunikan flora dan fauna serta hidupan marin, kepelbagaian budaya dan warisan dengan keharmonian lebih daripada 32 kumpulan etnik telah menjadikan Negeri Di Bawah Bayu ini sebagai bumi yang sungguh bertuah.



10. Justeru, saya menyeru kepada segenap lapisan rakyat di negeri ini agar terus memberikan sokongan dan komitmen yang tinggi kepada usaha-usaha pembangunan kerajaan dan memanfaatkan sepenuhnya potensi, kekayaan dan anugerah Ilahi ini bagi meningkatkan lagi kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran untuk kita dan generasi yang akan datang.



11. Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Y.A.Bhg. Puan Sri Datin Hajah Norainee Haji Abdul Rahman hadir dan seterusnya meluangkan masa untuk bersama-sama kita dalam majlis ini. Sekian, terima kasih.

Thursday, February 7, 2008

Kaamatan 2008

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1







































































































































































No.


Daerah/Kawasan


Tarikh


1



Tambunan



03 Mei



2



Keningau



04 Mei



3



Lahad Datu



04 Mei



4



Tawau



04 Mei



5



Kunak



04 Mei



6



Kudat



06 Mei



7



Kinabatangan



08 Mei



8



Tongod



08 Mei



9



Inanam



08 Mei



10



Tenom



10 Mei



11



Banggi



10 Mei



12



Kota Kinabalu City



11 Mei



13



Nabawan dan Pagalungan



11 Mei



14



Kota Belud



11 Mei



15



Sook



11 Mei



16



Telupid



12 Mei



17



Paitan



12 Mei



18



Matunggong



15 Mei



19



Sipitang



15 Mei



20



Sandakan



17 Mei



21



Beluran



17 Mei



22



Penampang



17 Mei



23



Labuan



17 Mei



24



Semporna



17 Mei



25



Pitas



18 Mei



26



Kota Marudu



18 Mei



27



Tuaran(Tamparuli dan Kiulu)



20 Mei



28



Menumbok



21 Mei



29



Kuala Penyu



21 Mei



30



Membakut



21 Mei



31



Ranau



22 Mei



32



Putatan



22 Mei





Peringkat kampung sila buat takwim sendiri.

*Tiada maklumat- Tanjung Aru



Kaamatan kali ini memfokus kepada nilai-nilai kebudayaan dalam usaha menyatukan pelbagai etnik di negeri Sabah, manakala tema yang dipilih adalah 'Keamanan melalui Budaya' dengan harapan masyarakat Sabah akan menyedari pentingnya keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.



Pelancaran akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Dewan Pa'Musa Beaufort 1hb. Mei 2008. Dijangkakan 3,000 orang akan menyertai acara-acara tradisional dan mewakili segenap etnik dari seluruh Negeri Sabah. Acara ini juga akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records. Untuk tujuan ini Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM600,000 bagi menjayakan pelbagai aktiviti kebudayaan.



Seperti tahun sudah, penutupan akan dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah di Hongkod Koisaan KDCA pada 31 Mei 2008. Jangan lupa pada tarikh ini juga merupakan acara kemuncak yang ditunggu-tunggu iaitu Ratu Unduk Ngadau bagi tahun 2008.



Sama-sama kita nantikan bagaimana bentuk pelaksanaan Pesta Kaamatan tahun ini, diharapkan tidak ada lagi isu-isu yang mencemari perayaan kali ini (walaupun perkara kecil namun kesannya tetap ada) terutamanya yang berkait dengan pengadilan dan pemilihan peserta.

Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails