Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Showing posts with label dulu-dulu. Show all posts
Showing posts with label dulu-dulu. Show all posts

Wednesday, January 27, 2010

Penyakit si Gaman

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Selamat membaca kepada pengunjung. Happy browsing to visitor. Gaman berumur 70 tahun dan membuat temujanji untuk bertemu doktornya. Sesampai di klinik, Doktor bertanya kepadanya beberapa soalan. "Gaman, bagaimana dengan buang air kecil? Adakah anda punya masalah?" Gaman menjawab, "Tidak ada doktor, itu sangat biasa, setiap pagi tepat pukul 7." "Dan bagaimana dengan buang air besar?" Gaman menjawab, "Mereka baik-baik juga doktor, setiap pagi tepat pukul 8." Doktor bertanya lagi, "Jadi mengapa kau datang menemui saya, Gaman?" Gaman menjawab, "Doktor, Tapi saya nda (tidak) bangun sebelum 10." Teka Teki: Bagi pendapat kamu apakah penyakit si gaman ini?

Saturday, January 17, 2009

Tadau Kaamatan dulu-dulu

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Seingat saya tadau kaamatan dipopularkan oleh PBS. Oleh kerana saya lahir pada 70'an dan waktu itu juga parti yang memerintah negeri sabah ialah PBS (musim Berjaya tidak ingat).

Tadau kaamatan Peringkat negeri akan diadakan di Tambunan atau lebih tepat Kg. Keranaan (TVRC).

Jika dibandingkan dengan Tadau kaamatan sekarang jauh bezanya. Pertama saya lihat dari segi nilai ternyata tadau kaamatan dahulu lagi baik. Baik dari segi pengertian 'kaamatan' itu sendiri. Golongan muda dahulunya setelah menghabiskan musim mengatam padi maka mereka menantikan tadau kaamatan itu dengan penuh kesyukuran. Manakala golongan muda zaman ini lebih mengingati kemeriahan perayaan itu. Tiba saja bulam Mei mereka merancang untuk 'cas', berkaraoke atau mengunjungi kelab malam. Sewaktu memohon cuti tambahan kononnya beria-ia sangat untuk pulang kerana menyambut Tadau kaamatan walhal cuti itu serupa juga dengan cuti-cuti lain. Kenikmatan tetap ada tetapi tiada unsur nilai seperti yang diharapkan olah bangsanya sendiri.


Dari segi ekonomi, tadau kaamatan yang disambut sekarang ini bukan saja perayaan selepas menuai tetapi menjadi arena untuk berbisness. '10 3', sayap ayam,baju kebudayaan,alat tradisi, air kelapa bakar dan sebagainya. Ada orang tidak tahupun bahaawa hari tersebut adalah Tadau Kaamatan. Dia ingat macam tamu biasa, yang dia inagt boleh untung minima rm350 sehari.

Dari segi perbelanjaan perayaan pun bukan main mahal maklumlah zaman milenium. Saya tidak mengatakan bahawa tadau kaamatan dulu tiada perbelanjaan tetapi bentuknya yang lain. Misalnya orang kampung akan mengumpul bahan-bahan seperti beras, ayam,kerbau,ikan,polod,bosou,tuhau,kinoring,sarad,lombiding dsb mengikut kemampuan dan apa yang dipersetujui dalam pembahagian 'resource'. Maka itu istilah wang boleh dikatakan hampir tiada.

bersambung...

Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails