Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Thursday, January 22, 2009

Akademi fantasia musim ke 7

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Saya pun tidak terlepas untuk menulis mengenai program realiti TV yang dianggap berjaya ini. Berjaya keranaa melahirkan artis-artis muda dan berbakat. Lihat saja artis-artis Sabah seperti Stacy,Linda,Candy,Ebi,Felix,Yazer,Lotter dan banyak lagi.

Saya sungguh bangga dengan Stacy yang baru-baru ini masuk Anugerah Juara Lagu ke 23. Walaupun tidak mendapat sebarang tempat tetapi telah memperlihatkan kelasnya sebagai penghibur yang versatile. Banyak pemmangil dari radio era, hotfm yang menyuarakan pandangan bahawa Stacy yang sebenarnya mendapat persembahan terbaik, namun apakan daya keputusan juri adalah muktamad.

Ok berbalik kepaa AF7, berikut adalah syarat-syaratnya dan mendapatkan borang penyertaan.

1. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
Syarat Ujibakat:

1. Peserta lelaki dan wanita.
2. Berumur di antara 18 – 45 tahun.
3. Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan.

Sila bawa:

1. 2 keping gambar berukuran 4R : gambar profil dan paras pinggang.
2. Salinan kad pengenalan.



2. LOKASI-LOKASI UJIBAKAT:
Kuala Lumpur:
Kompleks Sukan Bukit Jalil (17 - 18 Januari & 7 - 8 Februari)

Johor:
The Zon Regency Hotel, Johor Bharu(24 - 25 Januari)

Sabah:
1Borneo South Atrium, Kota Kinabalu (30 - 31 Januari & 1 Februari)


Sarawak:
Enter K Entertainment, Crown Tower, Kuching (31 Januari & 1 Februari)



3. PERINGKAT UJIBAKAT
Peringkat 1: Pendaftaran
Peringkat 2: Lagu wajib (tanpa muzik)
Peringkat 3: Lagu wajib (iringan muzik)
Peringkat 4: Sesi soal jawab

Proses pendaftaran adalah dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang



4. LAGU-LAGU PILIHAN:

Lagu pilihan peserta perempuan:

1. No One - Alicia Keys (R&B)
2. Kalis Rindu - Elyana (R&B)
3. Dikir Puteri - Noraniza Idris (Irama Malaysia)
4. Karma - Cokelat (Pop)
5. Tari Silat Melayu - Aisyah (Irama Malaysia)

Lagu pilihan peserta lelaki:

1. Angan dan Sedar - Mawi (Pop)
2. You Raise Me Up - Josh Groban (R&B)
3. Ketelusan Hati - Anuar Zain (Balada)
4. Hanya Engkau Yang Mampu - Aizat (Balada)
5. Ada - M.Nasir (Irama Malaysia)



4. MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN:

Borang Penyertaan Akademi Fantasia 7


Untuk pengambilan kali ini jangan malu-malu untuk datang ke sesi uji bakat. Kalau tidak berjaya cuba lagi di lain hari atau untuk program yang lain.

Ingat tarikh ini(rujuk diatas) dan datang ke 1-Borneo Shopping mall

aramaitii...

No comments:

Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails