Pertandingan ini telah diadakan di Ranau dan telah dihadiri oleh kira2 3000 pengunjung. Persaingan sangat sengit dan berikut merupakan pemenangnya
Juara: Benn Simon Bukag
Naib Juara: Leornard Sentia
Ketiga : Jo-Anna Sue Henley Rampas
Gambar para pemenang
Untuk pengetahuan juga rasanya KE Next Top Entertainer sedang berlangsung. Lawati kadusmusic.com untuk selanjutnya.
ganjaran hebat
Monday, March 23, 2009
Thursday, March 19, 2009
Kadazandusun di Sabah
Kadazandusun di Sabah sebuah buku mengenai susurgalur etnik di Sabah, Ditulis oleh Dayu Sansalu, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 2009.
JAdi ini lah buku yang saya maksudkan sebelum ini. Saya kurang pasti jika buku ini telah ada dijual di kedai-kedai buku. Diharapkan pembaca jika ingin membelinya supaya bertanyakan buku ini di kedai berkaitan buku.
Kulit depan Kadazandusun di Sabah

Sunday, March 1, 2009
Pertikaian Dusun Kadazan
DusunKadazan atau Kadazandusun atau KadazanDusun?
Adakah ia sekadar terminology?
Sebenarnya saya sudah lama mengikuti berkaitan penjenamaan ini. Dalam satu artikel sumbangan Dr. Herman Luping saya merumuskan bahawa tiada penghujung bagi pertikaian ini dan tidak perlu dipanjangkan.
Lupakan pasal pertikaian ini jika boleh. Adalah lebih baik kita mengenal bangsa masing-masing secara mendalam. Maklumlah generasi sekarang mudah lupa asal-usul.
Saya ada melihat satu buku yang sangat-sangat bagus untuk dibaca oleh penduduk Sabah. Buku ini belum dilancarkan lagi tetapi saya telahpun membaca sebahagian daripadanya, sekurang-kurangnya bab awal. Penulisnya saya tidak ingat tetapi buku ini bakal diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tebalnya mungkin lebih kurang 500 halaman atau lebih.
Saya merasakan bahawa buku ini adalah terbaik kerana ia merungkai secara detail dan ilmiah berkaitan penduduk pribumi sabah sejak dinasti china, zaman kolonial dan kebangkitan pemimpin tempatan sehinggalah munculnya istilah Kadazandusun.
Berikut adalah snapshot yang menarik minat saya di awal pembacaan, iaitu mengenai pecahan suku kaum di Sabah.
Diharap pembaca terbuka minda dan dapat mengenal siapa sebenarnya kita. Oh ya buku itu bertajuk "Kadazandusun". Nantikannya dipasaran. Untuk artikel tulisan Dr. Herman Luping rujuk Borneo post 01 Mac 2009.

Subscribe to:
Posts (Atom)