DusunKadazan atau Kadazandusun atau KadazanDusun?
Adakah ia sekadar terminology?
Sebenarnya saya sudah lama mengikuti berkaitan penjenamaan ini. Dalam satu artikel sumbangan Dr. Herman Luping saya merumuskan bahawa tiada penghujung bagi pertikaian ini dan tidak perlu dipanjangkan.
Lupakan pasal pertikaian ini jika boleh. Adalah lebih baik kita mengenal bangsa masing-masing secara mendalam. Maklumlah generasi sekarang mudah lupa asal-usul.
Saya ada melihat satu buku yang sangat-sangat bagus untuk dibaca oleh penduduk Sabah. Buku ini belum dilancarkan lagi tetapi saya telahpun membaca sebahagian daripadanya, sekurang-kurangnya bab awal. Penulisnya saya tidak ingat tetapi buku ini bakal diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tebalnya mungkin lebih kurang 500 halaman atau lebih.
Saya merasakan bahawa buku ini adalah terbaik kerana ia merungkai secara detail dan ilmiah berkaitan penduduk pribumi sabah sejak dinasti china, zaman kolonial dan kebangkitan pemimpin tempatan sehinggalah munculnya istilah Kadazandusun.
Berikut adalah snapshot yang menarik minat saya di awal pembacaan, iaitu mengenai pecahan suku kaum di Sabah.
Diharap pembaca terbuka minda dan dapat mengenal siapa sebenarnya kita. Oh ya buku itu bertajuk "Kadazandusun". Nantikannya dipasaran. Untuk artikel tulisan Dr. Herman Luping rujuk Borneo post 01 Mac 2009.
4 comments:
inggaa di mala kadazanik kiooooo
kadazan nopo diti nga iso oo raan mantad Dusunik kangku daa..
kadazan nopo diti nga iso oo raan toi ko iso etnik mantad Dusunik.kangku dara.......
kadazan nopo diti nga iso oo raan toi ko iso etnik mantad Dusunik.kangku dara.......
Post a Comment