Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Wednesday, May 26, 2010

Pengertian Unduk Ngadau sudah terkeluar

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Baru-baru ini kita dikejutkan (kalaulah  ia satu kejutan) dengan kemenangan pertama wanita muslim dalam Miss USA, iaitu Rima Fakih, 24 tahun yang berkerja sebagai marketing executive. Peristiwa ini dilihat dari sudut agama dan bukan bangsa atau budaya seperti yang akan saya huraikan berikutnya.

Is she Miss USA or "Miss Hezbollah USA"?
Di negeri kita pula sibuk menganjurkan pesta kaamatan di sana-sini, dan satu yang saya rasa perlu diperbetulkan adalah penerimaan bangsa lain dalam menyertai Unduk Ngadau. Ia sepatutnya di sertai oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut sahaja atau ringkasnya KDM. Istilah sino juga tidak dapat diterima untuk menyertai, sedangkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara sendiri tidak mengiktiraf perkataan sino dalam pembikinan kad pengenalan.

Lain pula terjadi di daerah Beaufort dimana pemenang Unduk Ngadaunya berbangsa Punjabi. Jika kita melihat definisi Huminodun- dia adalah gadis dusun yang telah berkorban untuk bangsanya ketika dilanda kacau-bilau suatu masa dahulu. Bahagian badannya yang dipotong-potong telah menjadi tumbuhan dan seterusnya menyelamatkan bangsa dusun yang kebuluran ketika itu. Persoalannya disini, adakah dengan kemenangan bangsa punjabi ini menyatakan yang masyarakat KDM juga hidup kerana pengorbanan dari bangsa punjabi.

Peserta ini tidak boleh dipersalahkan seratus peratus. Intipati disini adalah integriti dan pemahaman yang dalam dari pihak penganjur. Adakah mereka memahami apa itu unduk ngadau atau huminodun dan kenapa ia diadakan.

Di pihak peserta mereka tidak kisah tentang gelaran huminodun tak kisah la peserta dari kalangan KDM apatah lagi bangsa lain.

Gadis-gadis ini sebenarnya sedang membina 'profile' mereka atau apa yang kita panggil 'resume', maka itu mereka tidak kisah gelaran unduk ngadau apatah lagi huminodun.

Yang mereka kisahkan adalah gelaran ratu cantik. Nampaknya ada permainan dengan istilah. Unduk ngadau dan huminodun dianggap tidak komersial berbanding ratu cantik.

Kemenangan ini akan mereka bawa ke pertandingan seterusnya sekalipun bukan dalam pesta kaamatan. Jadi boleh dikatakan bahawa gelaran Unduk Ngadau adalah 'stepping stone' untuk mereka pergi lebih jauh lagi. Sebab itu juga walaupun mereka bukan dari kalangan KDM mereka mencuba nasib untuk memohon menyertai pertandingan ini. Terpulang kepada pihak penganjur untuk membuat penilaian yang sepatutnya dengan mengambilkira adat warisan budaya KDM sebelum mengambil mereka.

last but not least hayatilah lagu KONIAB AU NODI GUMULI POH
Linundus dilo Kinabalu
Rinusod di aki odu tokou
Nulu do kointutunan pogun tokou
Linundus nu daa oi umandak
Nga natagak ko'id tanga ralan
Au nodi kotutun do tobpinai

CHO:
Iti noh koihadan do ginawo ku
Koniab au nodi gumuli poh

Baino ti gumu tulun kaya
Kosorong ngaawi lamin diolo
 Au nodi atama'an moi ambalut
 Baino ti gumu tanak tuan
 Au nodi moboros Kadazan
 Au nodi mangakan do lombiding
(CHO)

Rumomol dilo gumpai talun
Pintoliban do sakag wagu
  Louson ka om au kotutun do ta'akanon
 Linuhab  tanah tungkus tokou
 Nolosod notobus do wokon
 Ouyong nodi tumakad tulun tokou

Sinapou daa tulun tokou
Nung sopirati om misompuru
 Asanang daa mingkakat om sumurut
Iti sinding mogowit pason
 Poposorou nasib dumontol
Alansan kaanu do ponontudukan
(CHO)




Friday, May 14, 2010

Jadual Pesta Kaamatan 2010

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Bulan May 2010
14 -pitas/pesta bengkoka

15-Kaamatan Pitas
-Koisaan Kadazandusun Ulu dusun Sandakan
-Tambunan,penampang,tawau,semporna,nabawan,kunak,tungku,beluran/telupid/paitan,kinabatangan,sugandoi hongkod koisaan penampang

15-16-Kg.tombovoo proper

16-kota belud,pagalungan,sook,putatan,sugandoi kaamatan hongkod koisaan sugandoi dazanak (final),pitas/pesta bengkoka,kg nagasiba penampang,sugandoi kaamatan kg.ramayah penampang

18-sugandoi kaamatan id hongkod koisaan

19-tuaran/tamparuli/kiulu,tenom,tongod/penangah,banggi

20-sugandoi kamatan(semi final)

22-kuala penyu,sandakan,papar,beaufort,kemabong,sugandoi kaamatan (final)KDCA, kg.kayu madang telipok,koisaan kotulunan paganakan damit tenghilan,kg.kadumu vatu 11 lahan dam sabahmas lahad datu,kg.madsiang ppg,kg.minintod inanam,kg.ramayah ppg

23-kota marudu,ranau,poiboian nasakan koubasanan hongkod koisaan sinakagon manjalu manjunga,kg.titimboungon papar,kg putaton,inobong ppg

24-25-kem koubasanan ISCEP-st joseph papar

27-sodop pintutunan unduk ngadau hongkod koisaan

28-konsert ISCEP yong ambassador hongkod koisaan, kg karanaan tambunan,kg.bukit giling tuaran,kg.luagan beaufort,KDCA kg.tombovoo kapazan putatan

29-kg padawan papar

30-pokitanan on spoot hongkod koisaan

31-kaamatan nazatan pogun sabah konsert kaamatan,kg.napitas tenghilan

Bulan Jun
4-5 -zon kolopis penampang


Jika anda ada maklumat mengenai jadual kaamatan boleh smskan kepada editor Borneo post di 0109523865 bahagian kadazandusun




Sunday, May 2, 2010

Jo Anna Sue Rampas Sexy di Anugerah Industry Musik 2010

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Anugerah Industry Musik sudah pun diketahui pemenangnya disini Apa yang saya mo cakap hari ini ialah kelibat Jo Anna Sue Rampas. Tentu kamu masih ingat sumandak sabah ini. Saya rasa ini adalah kali pertama dia muncul dalam majlis sebegini apatah lagi diberi peluang untuk berada dipentas untuk membacakan pemenang yang bertanding. Dia digandingkan dengan Tini 3R. Lihatlah high heelnya yang cukup panjang. Kelihatan sedang memberikan trofi kepada Kris Dayanti.


Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails