Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Wednesday, October 13, 2010

Gaya urang sabah telefon sabah fm (rtm)

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Kali ini saya ingin menegur gaya urang sabah apabila menyertai apa-apa kuiz diradio terutamanya saluran sabah fm.

Tidak lain tidak bukan ialah beberapa kesalahan yang entah disengajakan atau buat-buat tidak tahu peraturan yang diteteapkan oleh pihak DJ.

Saya ambil senario disini iaitu ketika menjawab sundait (teka-teki).

Antaranya:
  1. Tidak memperkenalkan diri. Meskipun ditanya oleh Dj nama dan asal tetapi pemanggil tersebut tidak mahu memberikan nama sekalipun nama samaran. Sebaliknya menjawab 'roiton po laid' yang bermaksud jawab dulu (baru beri nama). Apabila gagal menjawab, sekali lagi Dj bertanyakan nama, namun si pemanggil enggan memberikan nama. Kecuali kalau jawaban mereka betul baru lah memberikan nama. Saya tidak pasti mengapa orang seperti ini tidak memberikan nama seolah-olah orang ini begitu terkenal, berpangkat besar dsb. Apa gunanya menelefon jika enggan memberikan nama(sekalipun nama olok-olok)? Saya sebebarnya kesihan dengan DJ Sabah yang kurang selesa berhadapan dengan orang seperti ini.
  2. Dekat dengan Radio ketika menelefon. Perkara ini sudah berkali-kali di umumkan olah DJ yang bertugas. 'Poinsoduon po rodio' maksudnya jauhkan dari radio ketika menelefon ke studio. Ini kerana suara akan berdengung dan menyakitkan telinga. Yang lebih menghairankan lagi walaupun di beritahu berulang kali, pemanggil ini masih tidak faham dan lebih menghairankan lagi pemanggil yang menelefon ke studio adalah orang yang sama mana mungkin mereka lupa pesanan tersebut. Maka disini saya berpendapat bahawa si pemanggil tersebut ingin mendengar suaranya sendiri masuk dalam radio. Mungkin dia akan rasa bangga didengar oleh kawan, saudara dsb,
  3. Berhenti bercakap walaupun DJ masih mendengar. Ini mungkin sedikit salah faham ketika perbualan yang panjang. Biasanya DJ akan membiarkan pemanggil menghabiskan ucapannya. Di pihak pemanggil pula merasakan bahawa talian sudah terputus kerana tiada respond dari DJ. Dalam hal ini kebijaksanaan dari DJ untuk menyelitkan ucapan2 ringkas misalnya ok, ya, oh, bah dsb.

Sekian untuk kali ini, sila ambil perhatian pada poin no1 dan no2. for sabahan only.
last but not least biar dari kampung tapi gaya jangan kampungan. strive for first class mind.

No comments:

Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails