Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Saturday, January 17, 2009

Tadau Kaamatan dulu-dulu

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Seingat saya tadau kaamatan dipopularkan oleh PBS. Oleh kerana saya lahir pada 70'an dan waktu itu juga parti yang memerintah negeri sabah ialah PBS (musim Berjaya tidak ingat).

Tadau kaamatan Peringkat negeri akan diadakan di Tambunan atau lebih tepat Kg. Keranaan (TVRC).

Jika dibandingkan dengan Tadau kaamatan sekarang jauh bezanya. Pertama saya lihat dari segi nilai ternyata tadau kaamatan dahulu lagi baik. Baik dari segi pengertian 'kaamatan' itu sendiri. Golongan muda dahulunya setelah menghabiskan musim mengatam padi maka mereka menantikan tadau kaamatan itu dengan penuh kesyukuran. Manakala golongan muda zaman ini lebih mengingati kemeriahan perayaan itu. Tiba saja bulam Mei mereka merancang untuk 'cas', berkaraoke atau mengunjungi kelab malam. Sewaktu memohon cuti tambahan kononnya beria-ia sangat untuk pulang kerana menyambut Tadau kaamatan walhal cuti itu serupa juga dengan cuti-cuti lain. Kenikmatan tetap ada tetapi tiada unsur nilai seperti yang diharapkan olah bangsanya sendiri.


Dari segi ekonomi, tadau kaamatan yang disambut sekarang ini bukan saja perayaan selepas menuai tetapi menjadi arena untuk berbisness. '10 3', sayap ayam,baju kebudayaan,alat tradisi, air kelapa bakar dan sebagainya. Ada orang tidak tahupun bahaawa hari tersebut adalah Tadau Kaamatan. Dia ingat macam tamu biasa, yang dia inagt boleh untung minima rm350 sehari.

Dari segi perbelanjaan perayaan pun bukan main mahal maklumlah zaman milenium. Saya tidak mengatakan bahawa tadau kaamatan dulu tiada perbelanjaan tetapi bentuknya yang lain. Misalnya orang kampung akan mengumpul bahan-bahan seperti beras, ayam,kerbau,ikan,polod,bosou,tuhau,kinoring,sarad,lombiding dsb mengikut kemampuan dan apa yang dipersetujui dalam pembahagian 'resource'. Maka itu istilah wang boleh dikatakan hampir tiada.

bersambung...

Wednesday, November 5, 2008

Tamu Dongongon

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Tamu Dongongon setiap Khamis dan Jumaat

Bagi mereka yang pernah ke tamu Dongonggon di Penampang Sabah, sudah tentunya arif tentang pasar terbuka ini.

Tamu dongonggon diadakan 2 hari iaitu hari Khamis dan Jumaat. Tammu ini terkenal dengan produk sayuran asli yang pastinya tidak terdapat dimana-mana kedai mahupun tamu di lain daerah. Kesegarannya sememangnya dijamin!

Polian atau Kelah
Gong tiruan-made from tank
Sudah semestinya Kraftangan
Butod-Ulat Rumbia
Bilis dan Ikan masin

dan banyak lagi.

oops! ya jangan lupa cuba oder ngau chap di restoran berdekatan, tapi awas jika anda darah tinggi jangan pesan makanan ini ya, nanti kena GDL. :)

Yang menyeronokkan ketika tamu ialah tawar-menawar yang tidak terhingga. Ini kerana penjual menjual produk yang sama. Untuk memilih harga murah kena pusing-pusing dulu sebelum mambeli.

Tamu bermula seawal subuh dan pengunjung yang datang dari pelbagai bangsa samada untuk membeli atau sekadar menjadi visitor.

Friday, October 17, 2008

Apa sumbangan Shah Rukh Khan?

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Lagi satu tindakan yang salah telah berlaku. Saya menganggap perkara ini tidak dilihat dari professional dan membelakangkan para pengusaha filem tempatan.

Sangat-sangat menghairankan, namun itulah realitinya. Budak kampung pun tahu bahawa SRk tidak membawa apa-apa sumbangan kepada industri perfileman tempatan. Dia hanya hebat di layar perak dan rakyat malaysia sudahpun memberikan berjuta-juta anugerah kepada SRk setiap kali filemnya keluar.

Lihat saja koleksi CD, DVD, Tape kamu di rumah, 5 daripada 10 adalah filem bollywood. Juga filem-filem hindi yang membanjiri siaran stesen-stenen TV tempatan mahupun astro.


Tidak cukup kah dengan itu pertolongan kita terhadap industri Bollywood?

Ada orang berpendapat bahawa sepatutnya pihak penerbit lah yang layak menerima anugerah tersebut memandangkan dia lah yang membawa penggambaran itu di Malaysia (melaka). SRk cuma pelakon sahaja.

Lagi satu kesilapan besar ialah tidak berunding dengan Agensi yang berkaitan dengan kepentingan industri hiburan tanah air. Maka jelas lah bahawa mereka dipinggirkan atau tiada langsung dalam kamus anugerah.

Akhir sekali nak tak nak perkara ini dengan secara tidak langsung menunjukkan kepincangan dalam kerajaan kita.

Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails