Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Monday, February 8, 2010

Beras tak perlu masak

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Selamat membaca kepada pengunjung. Happy browsing to visitor.
Baru-baru ini sekumpulan saintis dari India mendakwa telah menghasilkan padi yang mana berasnya tidak perlu dimasak untuk dimakan.
Bagaimana untuk memakannya?
Beras jenis ini adalah dalam pembangunan namun telah di jalankan percubaannya. Jadi utuk memakannya cukup untuk merendamnya kedalam air (mestilah air masak) dan dimakan begitu sahaja apabila ia 'masak'.
Badan yang bertanggungjawab terhadap penyelidikan ini ialah Central Rice Research Institute (CRRI), lebih kurang MARDI la kalau di Malaysia.
Info India
Negara india mempunyai 1.17 billion penduduk (stat july 2009) dengan kepadatan penduduk yang tinggi. India juga menghadapi kekurangan makanan yang serius dan pada pendapat saya kemiskinanlah yang telah mendorong kepada penyelidikan ini.
English
Agricultural scientists in India say they have developed a variety of rice that requires no cooking and can be eaten simply after being soaked in water. (8 Feb 2010)
yahoo news.

Wednesday, January 27, 2010

Penyakit si Gaman

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Selamat membaca kepada pengunjung. Happy browsing to visitor. Gaman berumur 70 tahun dan membuat temujanji untuk bertemu doktornya. Sesampai di klinik, Doktor bertanya kepadanya beberapa soalan. "Gaman, bagaimana dengan buang air kecil? Adakah anda punya masalah?" Gaman menjawab, "Tidak ada doktor, itu sangat biasa, setiap pagi tepat pukul 7." "Dan bagaimana dengan buang air besar?" Gaman menjawab, "Mereka baik-baik juga doktor, setiap pagi tepat pukul 8." Doktor bertanya lagi, "Jadi mengapa kau datang menemui saya, Gaman?" Gaman menjawab, "Doktor, Tapi saya nda (tidak) bangun sebelum 10." Teka Teki: Bagi pendapat kamu apakah penyakit si gaman ini?

Tuesday, December 1, 2009

Serangan Padi Angin

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Apa itu Padi Angin?

Padi angin juga adalah jenis Padi. Padi angin adalah sejenis padi yang mempunyai sifat biji mudah lerai(mudah terpisah daripada ranting/jerami) dan kehadirannya di sawah boleh menyebabkan kehilangan hasil padi antara 10 hingga 90 peratus.
Padi jenis ini sebenarnya adalah hampas padi, sebabnya ialah ia tidak mempunyai isi, jika ada pun ia kempis, tidak seperti padi biasa yang penuh berisi.

Ia juga masak lebih awal antara 10 hingga 25 hari dan apabila bijinya gugur ia akan tumbuh semula dari musim ke musim. Bermakna jika dibiarkan padi angin ini sentiasa tumbuh seperti lalang yang tidak dikawal.

Menurut kajian Jabatan Pertanian Padi Angin ini telah tersebar dikawasan seperti Kota Marudu (1100 hektar),Penampang (8 hektar), Tenom (40 hektar),Papar(50 hektar) dan Kota Belud (500 hektar)

Penyebaran Padi Angin ini mungkin disebabka oleh jentera pembajak dan penuai yang tidak bersih. Oleh itu Yahya Hussin menyarankan supaya pemilik jentera berkenaan mendaftarkan mesin mereka kepada jabatan pertanian sebelum memulakan kerja.
Dalam bahasa Dusun ada perkataan yang berbunyi Limpunuk yang merujuk kepada padi yang tiada isi.

Cara Mengatasi?
Selain yang disebutkan diatas. Sila lihat brosur ini mengikut kajian Mardi. Disini
Viedo dibawah ini pula menerangkan bagaimana memisahkan Biji padi dari tangkainya.

Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails