No. | Daerah/Kawasan | Tarikh |
1 | Tambunan | 03 Mei |
2 | Keningau | 04 Mei |
3 | Lahad Datu | 04 Mei |
4 | Tawau | 04 Mei |
5 | Kunak | 04 Mei |
6 | Kudat | 06 Mei |
7 | Kinabatangan | 08 Mei |
8 | Tongod | 08 Mei |
9 | Inanam | 08 Mei |
10 | Tenom | 10 Mei |
11 | Banggi | 10 Mei |
12 | Kota Kinabalu City | 11 Mei |
13 | Nabawan dan Pagalungan | 11 Mei |
14 | Kota Belud | 11 Mei |
15 | Sook | 11 Mei |
16 | Telupid | 12 Mei |
17 | Paitan | 12 Mei |
18 | Matunggong | 15 Mei |
19 | Sipitang | 15 Mei |
20 | Sandakan | 17 Mei |
21 | Beluran | 17 Mei |
22 | Penampang | 17 Mei |
23 | Labuan | 17 Mei |
24 | Semporna | 17 Mei |
25 | Pitas | 18 Mei |
26 | Kota Marudu | 18 Mei |
27 | Tuaran(Tamparuli dan Kiulu) | 20 Mei |
28 | Menumbok | 21 Mei |
29 | Kuala Penyu | 21 Mei |
30 | Membakut | 21 Mei |
31 | Ranau | 22 Mei |
32 | Putatan | 22 Mei |
Peringkat kampung sila buat takwim sendiri.
*Tiada maklumat- Tanjung Aru
Kaamatan kali ini memfokus kepada nilai-nilai kebudayaan dalam usaha menyatukan pelbagai etnik di negeri Sabah, manakala tema yang dipilih adalah 'Keamanan melalui Budaya' dengan harapan masyarakat Sabah akan menyedari pentingnya keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.
Pelancaran akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Dewan Pa'Musa Beaufort 1hb. Mei 2008. Dijangkakan 3,000 orang akan menyertai acara-acara tradisional dan mewakili segenap etnik dari seluruh Negeri Sabah. Acara ini juga akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records. Untuk tujuan ini Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM600,000 bagi menjayakan pelbagai aktiviti kebudayaan.
Seperti tahun sudah, penutupan akan dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah di Hongkod Koisaan KDCA pada 31 Mei 2008. Jangan lupa pada tarikh ini juga merupakan acara kemuncak yang ditunggu-tunggu iaitu Ratu Unduk Ngadau bagi tahun 2008.
Sama-sama kita nantikan bagaimana bentuk pelaksanaan Pesta Kaamatan tahun ini, diharapkan tidak ada lagi isu-isu yang mencemari perayaan kali ini (walaupun perkara kecil namun kesannya tetap ada) terutamanya yang berkait dengan pengadilan dan pemilihan peserta.
No comments:
Post a Comment