Kali ini saya berkiongsi satu cerita.
Pada hari ini 04.08.2008, selepas pergi membayar insuran, saya pun pusing-pusing di Center Point KOta Kinabalu untuk mencari PDA yang mampu beli.
Ada beberapa kedai yang saya kunjungi di bahagian first floor.
Kedai ni ada 2 orang pekerja perempuan pilipina.Sedang saya bertanyakan tentang ciri-ciri satu PDA (i think it was samsung F480), tiba-tiba perempuan yang satu datang kepada kawannya dan mengadu 'handphone sudah hilang'.
Bagaimana hilang? Katanya dia tidak sedar apa yang berlaku. Lelaki tersebut katanya memintanya untuk mengeluarkan Nokia N Series (mungkin N80). Lepas beberapa ketika lelaki itu berlalu begitu saja dan tidak lama kemudian barulah perempuan itu sedar handphone tadi sudah diambil oleh lelaki itu.
Penjaga itu tidak berani untuk memberitahu hal itu kepada managernya yang duduk berdekatan sedang membuat sesuatu atas laptop.
Atas dorongan kawannya yang satu lagi, barulah dia memberitahu bossnya. Bosnya itu pun bergegas ke bilik kecil untuk melihat rakaman CCTV. Dalam kedai itu ada 2 CCTV.
Tak tahu lah apa jadi selepas itu. Boleh ka dikesan mamat tu, katanya berambut panjang.
Sebagai pengajaran dan mengelak dari dipukau jangan merenung mata si pemukau ini. Kalau bertentang mata pasti kena pukau. Itu yang aku dengar dari perempuan yang satu lagi menasihati kawannya.
1 comment:
KK memang banyak org yg pandai pukau...banyak suda kwn sy kena pukau ni..hei..yg sy tau, iman msti kuat dan jgn lemah smgt..Kakak sy pn ada kena aritu,,hp hilang,,tdak sdr lagi tu..geram btl sbb sy ada dkt ka2 sy tp sy pn x sdr hp tu di ambil..cikalo org tu
Post a Comment