Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Monday, September 29, 2008

Produk Isu Melamine

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
KENYATAAN AKHBAR KE SEMBILAN
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN ISU MELAMINE


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan
maklumat terbaru berhubung dengan pencemaran melamine di
dalam produk makanan.

Berkaitan dengan senarai produk makanan yang tidak terlibat dengan
pencemaran melamine yang telah dikemaskini sehingga hari ini ialah
sebanyak 994 produk daripada 35 syarikat seperti di Lampiran 1.

Sehingga hari ini, 866 penyitaan telah dijalankan ke atas produk
makanan yang disyaki di pasaran tempatan di seluruh negara bernilai
RM 318,742.10 seperti di Lampiran 2. Selain dari mendapat jaminan
dari pihak industri bahawa produk makanan tersebut tidak
mengandungi susu yang diperolehi dari Negara China, sampel
diambil dan dianalisis oleh Jabatan Kimia bagi memastikan ia
mematuhi standard sebelum dibenarkan untuk dijual di pasaran.

Pada hari ini, keputusan analisis bagi 10 lagi sampel produk
makanan telah diperolehi dan kesemuanya mematuhi standard bagi
melamine. Ini menjadikan jumlah sampel produk yang telah dianalisis
setakat ini adalah 26 sampel seperti di Lampiran 3.

Pengguna dinasihatkan tidak perlu risau mengenai isu melamine
kerana KKM telah mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani
isu ini. Namun begitu, pengguna dinasihatkan sentiasa membaca
label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan di
pasaran. Sekiranya pengguna masih ragu-ragu, bolehlah
menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di empat
(4) talian iaitu 03-88833655 / 88833503 / 88833652 / 88833500.
Talian ini dibuka dari jam 8 pagi hingga 9 malam termasuk cuti umum
dan Hari Raya.

Senarai B : Produk Makanan Yang Dianalisa Dan Didapati
Mematuhi Standard Bagi Melamine

1. Chocolate Coated Wafer (Passion)
2. Oreo White Chocolate Wafer Stick (Kraft)
3. Mini Cornetto Chocomint & Tiramisu Flavoured (Wall¢s)
4. Moo Soft Cookie Sandwich (Wall¢s)
5. Susu Tepung 123 Honey (Dutch Lady)
6. Susu Berperisa Strawberry (Dutch Lady)
7. Susu Tepung Rumusan Bayi (Frisolac)
8. Mini Poppers Vanilla Flavoured (WALL¢S)
9. Mini Poppers Strawberry Flavoured (WALL¢S)
10. Honey Stars (Nestle)
11. Drumstick Minis Chocolate (Nestle)
12. Drumstick Minis Vanilla (Nestle)
13. Soft Cookies Sandwich (WALL¢S)
14. Baby Bites Carrot (Take One)
15. Baby Bites (Take One)
16. Konfeksi ais perisa yogurt dengan buah pic, kismis dan
nenas (King¢s Frutto)
17. Ais Krim Perisa Vanilla dengan Sos Coklat (King¢s)
18. Wall¢s Mini Cornetto (WALL¢S)
19. Susu Tepung Penuh Krim (Dailylac)
20. Susu Tepung Skim (Sunlac)
21. Chocolate (Ginnou)
22. Choco Pie With Marsh Mallow (ORION)
23. Cream Wafer Strawberry Flavour (Garden)
24. Pop Pan Spring Onion Crackers (Garden)
25. Milk Chocolate (M & M)
26. Milk Chocolate (Snickers)

p/s -> Pengguna boleh mendapatkan maklumat yang
dikemaskini setiap hari di dalam laman web http://fsq.moh.gov.my

No comments:

Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails