Apa itu Padi Angin?
Padi angin juga adalah jenis Padi. Padi angin adalah sejenis padi yang mempunyai sifat biji mudah lerai(mudah terpisah daripada ranting/jerami) dan kehadirannya di sawah boleh menyebabkan kehilangan hasil padi antara 10 hingga 90 peratus.
Padi jenis ini sebenarnya adalah hampas padi, sebabnya ialah ia tidak mempunyai isi, jika ada pun ia kempis, tidak seperti padi biasa yang penuh berisi.
Ia juga masak lebih awal antara 10 hingga 25 hari dan apabila bijinya gugur ia akan tumbuh semula dari musim ke musim. Bermakna jika dibiarkan padi angin ini sentiasa tumbuh seperti lalang yang tidak dikawal.
Menurut kajian Jabatan Pertanian Padi Angin ini telah tersebar dikawasan seperti Kota Marudu (1100 hektar),Penampang (8 hektar), Tenom (40 hektar),Papar(50 hektar) dan Kota Belud (500 hektar)
Penyebaran Padi Angin ini mungkin disebabka oleh jentera pembajak dan penuai yang tidak bersih. Oleh itu Yahya Hussin menyarankan supaya pemilik jentera berkenaan mendaftarkan mesin mereka kepada jabatan pertanian sebelum memulakan kerja.
Dalam bahasa Dusun ada perkataan yang berbunyi Limpunuk yang merujuk kepada padi yang tiada isi.
Cara Mengatasi?
Selain yang disebutkan diatas. Sila lihat brosur ini mengikut kajian Mardi. Disini
Viedo dibawah ini pula menerangkan bagaimana memisahkan Biji padi dari tangkainya.
ganjaran hebat
Tuesday, December 1, 2009
Sunday, October 18, 2009
Jenis-Jenis Padi - Jabatan Pertanian Sabah
Berikut adalah Jenis-jenis padi yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian Sabah sejak 1962. Sememangnya telah banyak jenis padi yang telah diperkenalkan kepada petani namum perkara ini tidak disedari oleh rakyat sabah khususnya petani.
Nama-nama padi ini mungkin begitu asing kerana menggunakan nama saintifik, berbanding nama panggilan yang digunakan oleh penduduk tampatan.
Nota ini saya perolehi semasa Hari Terbuka Pertanian di Tuaran baru-baru ini.

Wednesday, October 14, 2009
UCAPAN KETUA MENTERI SABAH MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA TADAU KAAMATAN 2009
BERTEMPAT DI PADANG MERDEKA, KOTA KINABALU, PADA 07 JUN 2009, PUKUL 4.00 PETANG.
(Disampaikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan,
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Infrastruktur)
1. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dan kurnia-Nya, kita sekali lagi dapat bersama-sama menghadiri dan seterusnya menjayakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan pada tahun ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Sabah, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Y.A.Bhg. Puan Sri Datin Hajah Norainee Haji Abdul Rahman ke Negeri Sabah sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2009.
2. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, khususnya kepada Y.B. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim atas komitmen untuk meneruskan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Pesta Kaamatan ini sebagai perayaan nasional yang sesungguhnya kaya dengan warisan tradisi dan budaya yang sungguh unik dan istimewa.
3. Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada masyarakat KadazanDusun dan Murut di seluruh negara. Seperti yang kita sedia maklum, perayaan Tadau Kaamatan diadakan sebagai menandakan rasa syukur ke atas hasil tuaian padi yang melimpah ruah, sambil melahirkan harapan agar hasilnya akan lebih meningkat lagi pada masa akan datang. Semangat kesyukuran ini turut diterjemahkan menerusi pelbagai aktiviti perayaan dan kesyukuran yang diadakan sepanjang bulan Mei pada setiap tahun.
4. Perayaan Tadau Kaamatan merupakan manifestasi ekonomi, sosial dan budaya Negeri Sabah yang perlu dihayati bukan sahaja oleh masyarakat KadazanDusun dan Murut tetapi juga oleh pelbagai lapisan rakyat di negara ini. Sepertimana yang kita saksikan pada hari ini, rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya membanjiri Padang Merdeka bukan sahaja untuk menyaksikan pelbagai acara yang diadakan, tetapi juga turut sama menjayakan program ini. Ia jelas membuktikan betapa kukuhnya semangat perpaduan dan muhibah sesama kita dalam negara yang berdaulat dan merdeka ini.
5. Keadaan ini sebenarnya menepati ciri-ciri yang digambarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak menerusi konsep ‘1 Malaysia’. Dalam konteks ini, saya percaya seluruh pemimpin dan rakyat di negeri ini berasa amat gembira dan terharu apabila Y.A.B. Perdana Menteri sendiri telah mengiktiraf dan mengakui bahawa Negeri Sabah merupakan contoh terbaik bagi menjayakan dan mendokong semangat ‘Satu Malaysia’. Hakikatnya, inilah realiti kehidupan rakyat pelbagai kaum dan etnik di Sabah yang perlu terus dipelihara dan dipertahankan.
6. Sesuai dengan ciri ‘acceptance’ atau penerimaan, yang merupakan salah satu daripada lapan ciri yang terkandung dalam konsep ‘1 Malaysia’, kita di Sabah sama sekali tidak menjadikan kepelbagaian dan kemajmukan kaum dan etnik sebagai batu penghalang atau jurang pemisah. Sebaliknya dengan semangat toleransi yang tinggi, kita menerima dan memanfaatkan kepelbagaian ini untuk menggembleng potensi dan kekuatan rakyat bagi menjadi pemangkin kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang kita nikmati selama ini.
7. Dengan semangat ‘1 Malaysia’, saya yakin ia akan mencetus kekuatan untuk kita mencipta lebih banyak kejayaan bagi menjana masa depan yang lebih baik. Inilah juga antara intipati tema perayaan Tadau Kaamatan pada tahun ini iaitu, “Bersama Membentuk Masa Depan Yang Lebih Baik”. Justeru, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia di Sabah agar terus memperkukuhkan komitmen serta iltizam untuk sama-sama berusaha menghargai pengiktirafan yang telah diberikan oleh pimpinan negara dalam konsep ‘ 1 Malaysia’ dan seterusnya melonjakkan imej negara dan bangsa kita untuk terus berjaya dan disegani di serata dunia.
8. Perayaan Tadau Kaamatan ini juga mengandungi unsur-unsur positif sebagai pemangkin bagi mendepani pelbagai cabaran, khususnya kelembapan ekonomi semasa. Memandangkan perayaan ini sangat berkait rapat dengan sektor pertanian, maka pengiktirafan tinggi yang diberikan ke atas perayaan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dengan terus memajukan lagi sektor pertanian, terutamanya aktiviti penanaman padi bagi memenuhi keperluan tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada beras import. Oleh itu, saya berharap agar rakyat khususnya para petani dapat menghayati sepenuhnya mesej di sebalik perayaan Tadau Kaamatan ini dan sentiasa mengukuhkan tekad serta keazaman untuk terus meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian.
9. Suka saya menegaskan bahawa Kerajaan Negeri menekankan pendekatan secara holistik dalam merancang dan melaksanakan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat. Dalam konteks ini, perayaan Tadau Kaamatan sebenarnya amat signifikan dengan pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang juga menekankan akan kepentingan untuk memartabatkan warisan kebudayaan dan kesenian rakyat tempatan. Kekayaan dan keunikan flora dan fauna serta hidupan marin, kepelbagaian budaya dan warisan dengan keharmonian lebih daripada 32 kumpulan etnik telah menjadikan Negeri Di Bawah Bayu ini sebagai bumi yang sungguh bertuah.
10. Justeru, saya menyeru kepada segenap lapisan rakyat di negeri ini agar terus memberikan sokongan dan komitmen yang tinggi kepada usaha-usaha pembangunan kerajaan dan memanfaatkan sepenuhnya potensi, kekayaan dan anugerah Ilahi ini bagi meningkatkan lagi kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran untuk kita dan generasi yang akan datang.
11. Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Y.A.Bhg. Puan Sri Datin Hajah Norainee Haji Abdul Rahman hadir dan seterusnya meluangkan masa untuk bersama-sama kita dalam majlis ini. Sekian, terima kasih.

Sunday, August 30, 2009
Selamat Hari Merdeka yang ke 52
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

->Jadi...apa rancangan...
Kotobiaan Tadau Kinosusuon do Pogun Malaysia kumo Limo Nohopod om Duo
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
->Jadi...apa rancangan...
Saturday, August 15, 2009
Karnival Jualan Buku DBP 2009
Just mau bagi tau kepada peminat buku ilmiah atau cerpen. Lihat iklan dibawah
Karnival Jualan Buku Terbitan DBP sedang berlangsung. Puluhan ribu buku dijual serendah rm0.50 sen.
cepat sebelum tarikh tutup.

Sunday, July 26, 2009
Hari Terbuka dan Tadau Kaamatan PERTISA 2009
Hari Terbuka dan Tadau Kaamatan PERTISA 2009 bertempat di Dewan Budaya Muzium Sabah
Agak lewat saya untuk membuat artikel ini, sepatutnya saya menulis nya lama dulu untuk tujuan promosi, tapi apa kan daya baru hari ini saya mengetahuinya apabila seorang peserta unduk ngadau turun dari kereta dan menuju masuk ke perkarangan Muzium.
Banyak juga acara yang dipertandingkan seperti pertandingan wajib Unduk Ngadau dan Sugandoi. Acara lain yang saya sempat menyaksikan adalah memancing, monopuk(menyumpit) dan mongompuri(membuka kulit padi menggunakan tangan). Acara mongompuri diadakan di Rumah Kebun Cina.
Ni saja yang sempat saya abadikan :)
Para peserta
Bagaimana ia dilakukan
Perasmian dijangka dilakukan oleh YB Tan Sri Bernard Dompok.
Oh ya si OTHOE juga ada saya jumpa dan bersalaman, nda sempat berbual panjang. Beberapa artis yang saya kenal seperti Juluis Gudok, Leonard Ingging dan tidak lupa kawan lama Juakim Gabin (pemain keyboard) iaitu old skool mate saya.

Wednesday, July 1, 2009
Saturday, June 27, 2009
Michael Jackson: Semoga bersemadi dengan aman
Terkejut juga apabila terbaca berita kematian Michael Jackson ketika membuka yahoo front page untuk membuka email. Terkejut sebab tiada berita pasal dia dimasukkan di hospital.
Boleh dikatakan saya ini peminat beliau sejak zaman kanak-kanak sehingalah sekarang. Yang menarik pasal beliau adalah lagu nya yang unik dan apa lagi tarian beliau yang sukar ditandingi. Masa kecil-kecil tu semua pun cuba meniru tarian puppet nya yang terkenal.
RIP MJ

Tuesday, June 2, 2009
Promosi Filem Pendek: Lawak Sabah
Ok kali ini saya ingin mempromosi filem pendek Sabah,sebuah hasil arahan Lexband. Ia merupakan sebuah filem pendek(mostly komedi) yang mengandungi bebrapa episod. Dijangka filem pendek ini akan berada di pasaran tidak lama lagi. Untuk mengetahui apakah isi kandungan komedi tersebut, disini dipaparkan bebrapa sedutan sebagai pengenalan kepada video ini.
layann...memang lawak
Want to Discuss? mari sini
layann...memang lawak
Want to Discuss? mari sini
Sabahan Beauties Unduk Ngadau 2009
Sabahan Beauties Unduk Ngadau 2009
Lawatan ke Rumah Tradisional suku Rungus

Saturday, May 30, 2009
Friday, May 29, 2009
Atama
Atama: Sabahan talented and multi skill local artist
Dalam Pesta Kaamatan ini pelbagai organisasi dan orang perseorangan mengambil bahagian untuk memeriahkan suasana dan juga mempromosi produk sendiri.
Pada Pesta Kaamatan 2009 ini seorang lagi artis sabah yang serba boleh dan versatile mengadakan promosi albumnya yang bertajuk Bakakuk. Bagi yang tidak mengerti Bakakuk adalah nama yang diberikan kepada senapang buatan sendiri di negeri Sabah.
Album Bakakuk
Ni pula kumpulan Pro-Atama sedang buat demonstrasi Break Dance dan juga Shuffle

Unduk Ngadau 2009
Para peserta yang sempat dirakam pada 30 may 2009. Acara kemuncak adalah pada 31 May 2009 bertempat di dewan KDCA off jalan penampang.
Peserta Unduk Ngadau 2009 - sesi pengenalan
more to come...

Monday, April 27, 2009
Kotobian Tadau Kaamatan 2009
Nampaknya bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Tidak lama lagi sekali lagi masyarakat sabah terutamanya Kadus akan menyambut Tadau Kaamatan. Pelancaran kali ini akan diadakan di Daerah Papar. Seperti biasa kemuncak dan penutup akan diadakan di KDCA pada 30 dan 31 May. Hari ini diistihar sebagai cuti umum bagi Negeri Sabah.
Bagi mereka yang ingin buat sesuatu boleh la bersedia dari sekarang. Sesuatu yg dimaksudkan ialah seperti menyertai unduk ngadau, sugandoi, sukan rakyat atau juga ingin berniaga pada hari tersebut.
Tidak lupa juga untuk menilai pencapaian kita pada tahun ini terutama kepada mereka yang bergelar petani atau pekebun. Diharapkan ada peningkatan berbanding tahun sebelumnya.
Kotobian tadau kaamatan 2009.
Monday, March 23, 2009
Pertandingan akhir Lagu Dusun Popular
Pertandingan ini telah diadakan di Ranau dan telah dihadiri oleh kira2 3000 pengunjung. Persaingan sangat sengit dan berikut merupakan pemenangnya
Juara: Benn Simon Bukag
Naib Juara: Leornard Sentia
Ketiga : Jo-Anna Sue Henley Rampas
Gambar para pemenang
Untuk pengetahuan juga rasanya KE Next Top Entertainer sedang berlangsung. Lawati kadusmusic.com untuk selanjutnya.

Thursday, March 19, 2009
Kadazandusun di Sabah
Kadazandusun di Sabah sebuah buku mengenai susurgalur etnik di Sabah, Ditulis oleh Dayu Sansalu, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 2009.
JAdi ini lah buku yang saya maksudkan sebelum ini. Saya kurang pasti jika buku ini telah ada dijual di kedai-kedai buku. Diharapkan pembaca jika ingin membelinya supaya bertanyakan buku ini di kedai berkaitan buku.
Kulit depan Kadazandusun di Sabah

Sunday, March 1, 2009
Pertikaian Dusun Kadazan
DusunKadazan atau Kadazandusun atau KadazanDusun?
Adakah ia sekadar terminology?
Sebenarnya saya sudah lama mengikuti berkaitan penjenamaan ini. Dalam satu artikel sumbangan Dr. Herman Luping saya merumuskan bahawa tiada penghujung bagi pertikaian ini dan tidak perlu dipanjangkan.
Lupakan pasal pertikaian ini jika boleh. Adalah lebih baik kita mengenal bangsa masing-masing secara mendalam. Maklumlah generasi sekarang mudah lupa asal-usul.
Saya ada melihat satu buku yang sangat-sangat bagus untuk dibaca oleh penduduk Sabah. Buku ini belum dilancarkan lagi tetapi saya telahpun membaca sebahagian daripadanya, sekurang-kurangnya bab awal. Penulisnya saya tidak ingat tetapi buku ini bakal diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tebalnya mungkin lebih kurang 500 halaman atau lebih.
Saya merasakan bahawa buku ini adalah terbaik kerana ia merungkai secara detail dan ilmiah berkaitan penduduk pribumi sabah sejak dinasti china, zaman kolonial dan kebangkitan pemimpin tempatan sehinggalah munculnya istilah Kadazandusun.
Berikut adalah snapshot yang menarik minat saya di awal pembacaan, iaitu mengenai pecahan suku kaum di Sabah.
Diharap pembaca terbuka minda dan dapat mengenal siapa sebenarnya kita. Oh ya buku itu bertajuk "Kadazandusun". Nantikannya dipasaran. Untuk artikel tulisan Dr. Herman Luping rujuk Borneo post 01 Mac 2009.

Friday, February 20, 2009
Blogging is a must for Sabahan
just check out
Happy blogging. 3 bulan lagi Tadau Kaamatan, so sediakan blog anda sendiri dari sekarang.
Blogging is a must for Sabahan! Aramaitii....

Thursday, January 22, 2009
Akademi fantasia musim ke 7
Saya pun tidak terlepas untuk menulis mengenai program realiti TV yang dianggap berjaya ini. Berjaya keranaa melahirkan artis-artis muda dan berbakat. Lihat saja artis-artis Sabah seperti Stacy,Linda,Candy,Ebi,Felix,Yazer,Lotter dan banyak lagi.
Saya sungguh bangga dengan Stacy yang baru-baru ini masuk Anugerah Juara Lagu ke 23. Walaupun tidak mendapat sebarang tempat tetapi telah memperlihatkan kelasnya sebagai penghibur yang versatile. Banyak pemmangil dari radio era, hotfm yang menyuarakan pandangan bahawa Stacy yang sebenarnya mendapat persembahan terbaik, namun apakan daya keputusan juri adalah muktamad.
Ok berbalik kepaa AF7, berikut adalah syarat-syaratnya dan mendapatkan borang penyertaan.
Untuk pengambilan kali ini jangan malu-malu untuk datang ke sesi uji bakat. Kalau tidak berjaya cuba lagi di lain hari atau untuk program yang lain.
Ingat tarikh ini(rujuk diatas) dan datang ke 1-Borneo Shopping mall
aramaitii...

1. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
Syarat Ujibakat:
1. Peserta lelaki dan wanita.
2. Berumur di antara 18 – 45 tahun.
3. Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan.
Sila bawa:
1. 2 keping gambar berukuran 4R : gambar profil dan paras pinggang.
2. Salinan kad pengenalan.
2. LOKASI-LOKASI UJIBAKAT:
Kuala Lumpur:
Kompleks Sukan Bukit Jalil (17 - 18 Januari & 7 - 8 Februari)
Johor:
The Zon Regency Hotel, Johor Bharu(24 - 25 Januari)
Sabah:
1Borneo South Atrium, Kota Kinabalu (30 - 31 Januari & 1 Februari)
Sarawak:
Enter K Entertainment, Crown Tower, Kuching (31 Januari & 1 Februari)
3. PERINGKAT UJIBAKAT
Peringkat 1: Pendaftaran
Peringkat 2: Lagu wajib (tanpa muzik)
Peringkat 3: Lagu wajib (iringan muzik)
Peringkat 4: Sesi soal jawab
Proses pendaftaran adalah dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang
4. LAGU-LAGU PILIHAN:
Lagu pilihan peserta perempuan:
1. No One - Alicia Keys (R&B)
2. Kalis Rindu - Elyana (R&B)
3. Dikir Puteri - Noraniza Idris (Irama Malaysia)
4. Karma - Cokelat (Pop)
5. Tari Silat Melayu - Aisyah (Irama Malaysia)
Lagu pilihan peserta lelaki:
1. Angan dan Sedar - Mawi (Pop)
2. You Raise Me Up - Josh Groban (R&B)
3. Ketelusan Hati - Anuar Zain (Balada)
4. Hanya Engkau Yang Mampu - Aizat (Balada)
5. Ada - M.Nasir (Irama Malaysia)
4. MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN:
Borang Penyertaan Akademi Fantasia 7
Untuk pengambilan kali ini jangan malu-malu untuk datang ke sesi uji bakat. Kalau tidak berjaya cuba lagi di lain hari atau untuk program yang lain.
Ingat tarikh ini(rujuk diatas) dan datang ke 1-Borneo Shopping mall
aramaitii...
Saturday, January 17, 2009
Tadau Kaamatan dulu-dulu
Seingat saya tadau kaamatan dipopularkan oleh PBS. Oleh kerana saya lahir pada 70'an dan waktu itu juga parti yang memerintah negeri sabah ialah PBS (musim Berjaya tidak ingat).
Tadau kaamatan Peringkat negeri akan diadakan di Tambunan atau lebih tepat Kg. Keranaan (TVRC).
Jika dibandingkan dengan Tadau kaamatan sekarang jauh bezanya. Pertama saya lihat dari segi nilai ternyata tadau kaamatan dahulu lagi baik. Baik dari segi pengertian 'kaamatan' itu sendiri. Golongan muda dahulunya setelah menghabiskan musim mengatam padi maka mereka menantikan tadau kaamatan itu dengan penuh kesyukuran. Manakala golongan muda zaman ini lebih mengingati kemeriahan perayaan itu. Tiba saja bulam Mei mereka merancang untuk 'cas', berkaraoke atau mengunjungi kelab malam. Sewaktu memohon cuti tambahan kononnya beria-ia sangat untuk pulang kerana menyambut Tadau kaamatan walhal cuti itu serupa juga dengan cuti-cuti lain. Kenikmatan tetap ada tetapi tiada unsur nilai seperti yang diharapkan olah bangsanya sendiri.
Dari segi ekonomi, tadau kaamatan yang disambut sekarang ini bukan saja perayaan selepas menuai tetapi menjadi arena untuk berbisness. '10 3', sayap ayam,baju kebudayaan,alat tradisi, air kelapa bakar dan sebagainya. Ada orang tidak tahupun bahaawa hari tersebut adalah Tadau Kaamatan. Dia ingat macam tamu biasa, yang dia inagt boleh untung minima rm350 sehari.
Dari segi perbelanjaan perayaan pun bukan main mahal maklumlah zaman milenium. Saya tidak mengatakan bahawa tadau kaamatan dulu tiada perbelanjaan tetapi bentuknya yang lain. Misalnya orang kampung akan mengumpul bahan-bahan seperti beras, ayam,kerbau,ikan,polod,bosou,tuhau,kinoring,sarad,lombiding dsb mengikut kemampuan dan apa yang dipersetujui dalam pembahagian 'resource'. Maka itu istilah wang boleh dikatakan hampir tiada.
bersambung...

Subscribe to:
Posts (Atom)