sudah ada yang menganjurkan tadau kaamatan si dana sini, malah seawal bulan april pun sudah ada yang menganjurkan perayaan tadau kaamatan in. ada baiknya kerana jika semua kampung,mukim dan daerah menganjurkannya pada bulam may saya percaya pasti sibuk dan tidak sempat dan ada yang diunjurkan sehingga bulan enam (jun).
jadual kaamatan tahun 2010
YB yang diundang juga tidak berkesempatan hadir untuk merasmikan tadau kaamatan kerana jadual yang bergitu ketat pada acara yang lain. begitu juga dengan pegawai daerah pastinya tidak sempat untuk menerima jemputan perasmian yang berpusu-pusi tiba. ini belum lagi termasuk tadau kaamatan yang dianjurkan oleh individu,organisasi atau badan bukan kerajaan seperti
Kaamatan Pertisa dan kaamatan
IPTA/S institut pengajian tinggi awam/awasta
saya berjalan-jalan di pekan
dogonggon tadi dan mendapati ada beberapa gerai yang mejual baju trasisi kaum kadazan dusun iaitu 'tinandai'. pada amnya baju ini dibuat daripada kain baldu dan disulam dengan pelbagai manik-manik.harganya pun agak mahal memandangkan ia adalah istimewa.
 |
| tinandai-baju tradisi kdm |
disamping persiapan penganjuran tidak kurang sibuk juga persediaan dari peserta2 seperti peserta unduk ngadau setiap daerah dan juga peserta
sugandoi
penambahbaikan KDCA tempat dimana acara Pesta kaamatan peringkat negeri selama 2 hari (30-31 may)
beginilah keadaan rumah2 pondok setiap etnik atau daerah yang sedang dinaik taraf.
 |
| pintu gerbang,jambatan dan kolam |
 |
| pentas utama acara luar |
 |
| dewan utama KDCA |
 |
| jambatan ke rumah2 mukim |
saya pasti tadau kaamatan pada tahun ini 2011 lebih meriah namun pada itu saya takut kalau2 sekali lagi ia
terkeluar dari tujuan asal dan adat budaya orang pribumi sabah