Sponsored

menulist

ganjaran hebat

Wednesday, November 5, 2008

Tamu Dongongon

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Tamu Dongongon setiap Khamis dan Jumaat

Bagi mereka yang pernah ke tamu Dongonggon di Penampang Sabah, sudah tentunya arif tentang pasar terbuka ini.

Tamu dongonggon diadakan 2 hari iaitu hari Khamis dan Jumaat. Tammu ini terkenal dengan produk sayuran asli yang pastinya tidak terdapat dimana-mana kedai mahupun tamu di lain daerah. Kesegarannya sememangnya dijamin!

Polian atau Kelah
Gong tiruan-made from tank
Sudah semestinya Kraftangan
Butod-Ulat Rumbia
Bilis dan Ikan masin

dan banyak lagi.

oops! ya jangan lupa cuba oder ngau chap di restoran berdekatan, tapi awas jika anda darah tinggi jangan pesan makanan ini ya, nanti kena GDL. :)

Yang menyeronokkan ketika tamu ialah tawar-menawar yang tidak terhingga. Ini kerana penjual menjual produk yang sama. Untuk memilih harga murah kena pusing-pusing dulu sebelum mambeli.

Tamu bermula seawal subuh dan pengunjung yang datang dari pelbagai bangsa samada untuk membeli atau sekadar menjadi visitor.

Friday, October 17, 2008

Apa sumbangan Shah Rukh Khan?

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Lagi satu tindakan yang salah telah berlaku. Saya menganggap perkara ini tidak dilihat dari professional dan membelakangkan para pengusaha filem tempatan.

Sangat-sangat menghairankan, namun itulah realitinya. Budak kampung pun tahu bahawa SRk tidak membawa apa-apa sumbangan kepada industri perfileman tempatan. Dia hanya hebat di layar perak dan rakyat malaysia sudahpun memberikan berjuta-juta anugerah kepada SRk setiap kali filemnya keluar.

Lihat saja koleksi CD, DVD, Tape kamu di rumah, 5 daripada 10 adalah filem bollywood. Juga filem-filem hindi yang membanjiri siaran stesen-stenen TV tempatan mahupun astro.


Tidak cukup kah dengan itu pertolongan kita terhadap industri Bollywood?

Ada orang berpendapat bahawa sepatutnya pihak penerbit lah yang layak menerima anugerah tersebut memandangkan dia lah yang membawa penggambaran itu di Malaysia (melaka). SRk cuma pelakon sahaja.

Lagi satu kesilapan besar ialah tidak berunding dengan Agensi yang berkaitan dengan kepentingan industri hiburan tanah air. Maka jelas lah bahawa mereka dipinggirkan atau tiada langsung dalam kamus anugerah.

Akhir sekali nak tak nak perkara ini dengan secara tidak langsung menunjukkan kepincangan dalam kerajaan kita.

Monday, September 29, 2008

Produk Isu Melamine

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
KENYATAAN AKHBAR KE SEMBILAN
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN ISU MELAMINE


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan
maklumat terbaru berhubung dengan pencemaran melamine di
dalam produk makanan.

Berkaitan dengan senarai produk makanan yang tidak terlibat dengan
pencemaran melamine yang telah dikemaskini sehingga hari ini ialah
sebanyak 994 produk daripada 35 syarikat seperti di Lampiran 1.

Sehingga hari ini, 866 penyitaan telah dijalankan ke atas produk
makanan yang disyaki di pasaran tempatan di seluruh negara bernilai
RM 318,742.10 seperti di Lampiran 2. Selain dari mendapat jaminan
dari pihak industri bahawa produk makanan tersebut tidak
mengandungi susu yang diperolehi dari Negara China, sampel
diambil dan dianalisis oleh Jabatan Kimia bagi memastikan ia
mematuhi standard sebelum dibenarkan untuk dijual di pasaran.

Pada hari ini, keputusan analisis bagi 10 lagi sampel produk
makanan telah diperolehi dan kesemuanya mematuhi standard bagi
melamine. Ini menjadikan jumlah sampel produk yang telah dianalisis
setakat ini adalah 26 sampel seperti di Lampiran 3.

Pengguna dinasihatkan tidak perlu risau mengenai isu melamine
kerana KKM telah mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani
isu ini. Namun begitu, pengguna dinasihatkan sentiasa membaca
label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan di
pasaran. Sekiranya pengguna masih ragu-ragu, bolehlah
menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di empat
(4) talian iaitu 03-88833655 / 88833503 / 88833652 / 88833500.
Talian ini dibuka dari jam 8 pagi hingga 9 malam termasuk cuti umum
dan Hari Raya.

Senarai B : Produk Makanan Yang Dianalisa Dan Didapati
Mematuhi Standard Bagi Melamine

1. Chocolate Coated Wafer (Passion)
2. Oreo White Chocolate Wafer Stick (Kraft)
3. Mini Cornetto Chocomint & Tiramisu Flavoured (Wall¢s)
4. Moo Soft Cookie Sandwich (Wall¢s)
5. Susu Tepung 123 Honey (Dutch Lady)
6. Susu Berperisa Strawberry (Dutch Lady)
7. Susu Tepung Rumusan Bayi (Frisolac)
8. Mini Poppers Vanilla Flavoured (WALL¢S)
9. Mini Poppers Strawberry Flavoured (WALL¢S)
10. Honey Stars (Nestle)
11. Drumstick Minis Chocolate (Nestle)
12. Drumstick Minis Vanilla (Nestle)
13. Soft Cookies Sandwich (WALL¢S)
14. Baby Bites Carrot (Take One)
15. Baby Bites (Take One)
16. Konfeksi ais perisa yogurt dengan buah pic, kismis dan
nenas (King¢s Frutto)
17. Ais Krim Perisa Vanilla dengan Sos Coklat (King¢s)
18. Wall¢s Mini Cornetto (WALL¢S)
19. Susu Tepung Penuh Krim (Dailylac)
20. Susu Tepung Skim (Sunlac)
21. Chocolate (Ginnou)
22. Choco Pie With Marsh Mallow (ORION)
23. Cream Wafer Strawberry Flavour (Garden)
24. Pop Pan Spring Onion Crackers (Garden)
25. Milk Chocolate (M & M)
26. Milk Chocolate (Snickers)

p/s -> Pengguna boleh mendapatkan maklumat yang
dikemaskini setiap hari di dalam laman web http://fsq.moh.gov.my

Sunday, September 28, 2008

Alat penjimat minyak.

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1


Barangan sudah naik harga begitu juga bahan api. Apa yang boleh dibuat? Mengenai harga minyak mungkin akan turun di masa depan bergantung kepada harga minyak dunia. Tapi apa kata jika penggunaan minyak dijimatkan lagi melalui teknik yang diakui oleh ramai pembeli?

Tentu kamu pernah dengan edymium. Edymium ni terkenal dengan jualan gelang magnetiknya. Walau bagaimanapun syarikat ini bukan sahaja menjual gelang tetapi juga banyak produk yang lain. Salah satu produk yang dimaksukan ialan alat penjimat minyak kereta.

Berikut adalah rupa bentuk alat penjimat minyak berkenaan.

RINGKASAN PRODUK
-Menjimatkan PETROL hingga 22%
-Harga yang ANDA mampu milik
-Pemasangan semudah ABC
-Jangka hayat hingga 10 tahun
HARGA: RM250 (5 unit, untuk 2 buah kereta)




Saya bukanlah ejen kepada edymium tetapi sekadar ingin berkongsi maklumat dan membantu kepada para agen untuk melariskan lagi jualan mereka.



*Alat ini bukan sahaja dipasang pada kenderaan tetapi juga gas dapur atau pili air

Monday, August 25, 2008

Selamat hari merdeka

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Sedar atau tidak selkali lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan untuk yang ke 51. Apa perasaan kamu?
Bagi pendapat saya, Hari Kemerdekaan tahun ini agak suram. Ya suram. Seolah-olah kita melalui satu lorong yang gelap.

Kenapa semua ini terjadi? Tak payah kita peningkan kepala mengapa ini terjadi. Tentu kamu mempunyai log(catatan) tersendiri tentang apa yang berlaku dalam negara kita sejak kebelakangan ni.

Untuk mengetahui pendapat Tun Dr. Mahathir mengenai sanbutan Hari Kemerdekaan tahun ini sila baca di blog Tun M test.chedet.com

Sememangnya apa yang diutarakan oleh Tun M ada kebenarannya.

Disamping pergolakan politik dan fitnah-memfithan yang berleluasa, para Sabahan juga masih kedengaran keluhan tentang tarikh sebenar Hari Kemerdekaan Malaysia. 1957 atau 1963?

Terus terang saya katakan bahawa saya langsung tidak menyedari tentang sambutan hari kemerdekaan ini. Tidak seperti tahun sebelumnya.

Walau apapun saya pasti anda masih mencintai negara kita ini Negara Malaysia, begitu juga dengan saya.

Salam kemerdekaan yang ke 51 buat anda semua.

Monday, August 4, 2008

Ilmu pukau

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Kali ini saya berkiongsi satu cerita.

Pada hari ini 04.08.2008, selepas pergi membayar insuran, saya pun pusing-pusing di Center Point KOta Kinabalu untuk mencari PDA yang mampu beli.


Ada beberapa kedai yang saya kunjungi di bahagian first floor.

Kedai ni ada 2 orang pekerja perempuan pilipina.Sedang saya bertanyakan tentang ciri-ciri satu PDA (i think it was samsung F480), tiba-tiba perempuan yang satu datang kepada kawannya dan mengadu 'handphone sudah hilang'.



Bagaimana hilang? Katanya dia tidak sedar apa yang berlaku. Lelaki tersebut katanya memintanya untuk mengeluarkan Nokia N Series (mungkin N80). Lepas beberapa ketika lelaki itu berlalu begitu saja dan tidak lama kemudian barulah perempuan itu sedar handphone tadi sudah diambil oleh lelaki itu.



Penjaga itu tidak berani untuk memberitahu hal itu kepada managernya yang duduk berdekatan sedang membuat sesuatu atas laptop.



Atas dorongan kawannya yang satu lagi, barulah dia memberitahu bossnya. Bosnya itu pun bergegas ke bilik kecil untuk melihat rakaman CCTV. Dalam kedai itu ada 2 CCTV.



Tak tahu lah apa jadi selepas itu. Boleh ka dikesan mamat tu, katanya berambut panjang.



Sebagai pengajaran dan mengelak dari dipukau jangan merenung mata si pemukau ini. Kalau bertentang mata pasti kena pukau. Itu yang aku dengar dari perempuan yang satu lagi menasihati kawannya.

Monday, July 28, 2008

Mind Evolution

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Saya teringat movie X-Men yang saya tonton dulu. Dalam movie tu ada seorang pesakit minda yang boleh mengawal persekitaran menggunakan otaknya. Dengan nama watak Mutant 143 dia boleh menukar keadaan dengan persekitaran ilusi, menyebabkan seseorang terlanjur melakukan sesuatu seperti yang diinginkan oleh Mutant 143.


Begitu juga dengan Professor xavier yang mempunyai kekuatan telepati yang mana akan menguasai minda dan tubuh seseorang.



Cukup dengan xmen. Bagaimana jika anda mempunyai kuasa seperti ini?Sudah tentu andalah yang berkuasa didunia ini jika anda dapat menguasai minda seseorang. Tetapi bagaimana? Adakah orang sebegini benar-benar wujud?


Jika tidak pun setanding seperti yang dipaparkan dalam filem xmen, cukuplah dengan menjadi cerdik sahaja.


Untuk menjadi cerdik atau pintar seseorang itu perlulah mengetahui kekuatan minda dan tahu untuk menggunakannya. Seperti juga penggunaan otak, jika kita mengasahnya maka otak kita semakin tajam.


Menguasai minda bukanlah senang. Dinegara kita jarang kedengaran adanya tajuk yang spesifik mengenai Evolusi minda ini. Walau bagaimanapun ada individu atau NGO yang berminat untuk menganjurkan seminar yang bertajuk Evolusi Minda ini seperti butiran berikut:


Ahad, 10 Ogos 2008

di Hotel Armada, Petaling Jaya

Masa: 8 a.m - 5 p.m



Secara ringkasnya perkara yang anda akan pelajari dalam seminar tersebut seperti:


Teori dan Praktikal Pernafasan
Meditasi & Fokus
Pengenalan Tentang Minda

Penerangan Tentang Gelombang Minda



dan banyak lagi.


Butiran lanjut boleh diperolehi dari website ini Evolusi Minda


Seminar ini bukan kali pertama diadakan. Bagi mereka yang belum menyertai, anda boleh baca pendapat mereka yang telah mengikuti seminar ini melalui alamat yang diberikan di atas. Latar belakang penceramah juga boleh diketahui melalui link di atas.

Tuesday, July 1, 2008

Kaamatan PERTISA

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Kalau tidak silap Kaamatan PERTISA sudah berlangsung bulan 6. Tempat di Perkarangan Perkampungan Muzium SABAH.

Ada sispa-siapa dapat pergi tengo kah? kasi share la gambar kamu tu.

Saya ada baca berita mengenai kaamatan tu di news tapi tidak sempat pegi. Padahal tidak jauh juga dari tempat tinggal.

Bah selamat berblog.

p/s: panas negara kita sekarang ini, apa mau jadi?

Thursday, June 5, 2008

Harga minyak naik

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Terkejut lagi mengejutkan, apabila melihat deretan kereta yang panjang. Ingatkan kemalangan atau sekatan jalan. Rupanya deretan tersebut menuju ke stesen minyak berhampiran.

Bersama kawan menunggu lebih kurang 2 jam berbaris di likas semata-mata untuk memenuhkan tangki sebelum jam 12 tengah malam.

Yang mengejutkan lagi, ia sepatutnya dinaikkan hanya pada bulan ogos 2008. Nampaknya harga minyak naik 2 kali.

Tit-tit. Pelbagai gelagat yang sempat dirakam.

http://youtube.com/watch?v=Zm7LRmtqe_A

Thursday, May 15, 2008

Unduk Ngadau 2008

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
hello tompinai, nunu kabar? alansan oku osonong ko ngawi kio.


ba oruhai no tadau tagayo do kaamatan diti om mamason oku do 'Kotobian tadau tagayo do Kaamatan 2008' montok isai-isai nopo nokorikot id blog diti.


Kada olingai mongoi hilo Unduk Ngadau [dot ] com, ogumu tambalut, kosumandakaan om nogi tanakwagu.


Waro nogi gambar-gambar do unduk ngadau ih naanu posorili do pogun Sabah.


Undukngadau.com


Pongubat langad


Montok tompinai hilo id sodu miagal id Australia,jipun,england,german,austria,amerika om nongo-nongo nopo pisokodung ko noh do momonsoi karamaian Tadau Kaamatan om kadaa olingai pokirim email om gambar kumaa tompinai om tambalut.


kotoluadan.

Thursday, May 8, 2008

Kaamatan Klang Valley

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Dear Tan Sri/Puan Sri/Datun/Datin/YB/Ladies & gentleman,





Kopivosian!


The KDCA Klang Valley cordially invite to you to its 14th celebration of:


Tadau Kaamatan Festival KL 2008


celebrated on the


* 11th May, 2008 (Sunday)

* 12.00 noon - 7.00 pm


at


* Flamingo Hotel Kuala Lumpur, Grand Ballroom



Entrance : Free


Dressing code: Koubasanan / Smart / Smart casual


Organizer: KDCA Klang Valley Coordinating Committee


Further info, please call :


019-3700521 (Secretary)

013-3808800 (Deputy Chairman)


*call for confirmation who interested to join this festivals.

Saturday, April 19, 2008

Kaamatan Keningau 2008

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Kepada gadis-gadis yang menetap atau berasal dari keningau, sila mendaftar dengan pengerusi penganjur Tadau Kaamatan Keningau 2008.


Berikut adalah takwim kaamatan peringkat keningau.


Borang-borang penyertaan sedang diedarkan dan haruslah diserahkan kepada pihak penganjur sebelum 25hb April 2008.Malam Legenda akan diadakan pada 26hb April.


Aktiviti peserta Unduk Ngadau seperti dibawa untuk melawat di Rumah Persatuan Orang Pekak dan Bisu dan ke wad kanak-kanak Hospital Daerah pada 30hb April ini.


Pertandingan peringkat daerah akan diadakan pada 4 Mei ini di Dewan Arked.



Diharap kali ini, Tadau kaamatan peringkat keningau akan berjalan tanpa kontroversi. Kalau kamu masih ingat tahun 2007 seorang pemenang unduk ngadau menjadi kontroversi setelah ada yang mendakwa bahawa pemenang tersebut telah berkahwin.



Syaratnya mudah saja:


01. bukan Islam dari Kadazan, Dusun, Murut, Sino.

02. berumur antara 18-25 tahun

03. dengan ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki

04. dan menetap di daerah ini(Keningau).




ntuk keterangan lanjut, Nancy 016-8317696, 087-331313 (P), Carol 019-5366266 dan Kuinah 012-8255413.

Sunday, April 6, 2008

Kaamatan sana sini

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Pesta Kaamatan pada tahun ini sudah mula terasa keramaiannya. Ada yang sudahpun menganjurkan Tadau Kaamatan di peringkat kampung atau Mukim. Baru-baru ini tadau kaamatan telah dilangsungkan di Mukim Monsorulung. Mukim Monsorulung mengandungi tujuh buah kampung iaitu kg. monsorulung, monsok,rompon,tikolod,kitou,bundu apin-apin dan kg. lotong.

Pelbagai acara menarik disediakan, dan acara paling meriah sudah semestinya Unduk Ngadau.


Gambar.

Wednesday, April 2, 2008

Joanna Sue Rampas

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Lihatlah juara Unduk ngadau 2007, berucap. Memang petah walaupun bapanya mat salleh dan dibesarkan sebahagian besar di luar negara.


Siapakah yang akan menjuarai Unduk Ngadau Peringkat negeri pada tahun 2008 ini. Sama-sama kita nantikan. stay tune!

Monday, March 10, 2008

Kaamatan Unduk Ngadau Ranau

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Sempena pelancaran Pesta Kaamatan di Ranau. Pemenang Unduk ngadau peringkat Ranau yang akan mewakili ke peringkat akhir di KDCA.

Wednesday, February 20, 2008

Sabahan going International

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
To all readers, Sabah boleh! Cuba kamu tengo siapakah sumandak ini? Ya tidak nampak macam orang Sabah.


Lihat persembahannya dalam video klip, salah satu lagunya.






So siapakah gadis ini?


Dia yang menggelarkan dirinya Che'Nelle. Berasal dari Putatan Sabah. Telah berhijrah ke Australia semasa berumur 10 tahun dan kini berusia 24 tahun. Mengembangkan kariernya sebagai penyanyi dibawah naungan Virgin Record.


Ok mari kita tengo dia 'sakap' Sabah




Congratulation! more to come

Monday, February 11, 2008

Kaamatan Blog 'Bye-bye Gaman'

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Kepada pembaca dan pengikut setia kaamatan blog. baru-baru ini kaamatan blog (http://kaamatan [dot] blogspot [dot] com )telah dipadam daripada sistem blogger. perkara ini tidak disangka-sangka(lebih kurang pukul 3 pagi). dalam sekelip mata sahaja hilang begitu saja tanpa amaran terlebih dahulu.

saya tidak tahu apa yang harus dibuat sekarang kerana, sukar untuk menghubungi mereka(blogger.com). apa yang kamu lihat sekarang adalah sebahagian sahaja yang saya poskan beberapa bulan lalu. saya telah poskan kandungan yang sama pada blog ini pada mulanya tetapi dipadam kembali kerana dicam 'duplicate content' oleh blogger.


saya harap akan mendapat kembali blog tersebut dan sedang meminta bantuan daripada blogger help group. saya sangat berharap kalau boleh dapat balik blog tu. bukan 1 blog saja tetapi lebih kurang 30 blog yang ada dalam satu akaun.


sesiapa yang ingin melihat video unduk ngadau atau kaamatan masih boleh lihat melalui you tube disini.


Kalau kamu search 'kaamatan' di google (no.2) kamu akan nampak 'This site may harm you computer'


Search di yahoo
no1. Pada yahoo tiada amaran tetapi masih tidak boleh surf.


sesiapa rakan blogger yang ada tips bagaimana recover blog yang diban sila kongsikan.




what do you feel if you work was delete with prior notice? my blog stand for years and got good ranking some of them, now all gone (with the wind). :(

Sunday, February 10, 2008

Kaamatan Unduk Ngadau DBKK

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Kaamatan Peringkat Dewan Bandaraya Kota KInabalu (DBKK)

Thursday, February 7, 2008

Kaamatan 2008

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1







































































































































































No.


Daerah/Kawasan


Tarikh


1



Tambunan



03 Mei



2



Keningau



04 Mei



3



Lahad Datu



04 Mei



4



Tawau



04 Mei



5



Kunak



04 Mei



6



Kudat



06 Mei



7



Kinabatangan



08 Mei



8



Tongod



08 Mei



9



Inanam



08 Mei



10



Tenom



10 Mei



11



Banggi



10 Mei



12



Kota Kinabalu City



11 Mei



13



Nabawan dan Pagalungan



11 Mei



14



Kota Belud



11 Mei



15



Sook



11 Mei



16



Telupid



12 Mei



17



Paitan



12 Mei



18



Matunggong



15 Mei



19



Sipitang



15 Mei



20



Sandakan



17 Mei



21



Beluran



17 Mei



22



Penampang



17 Mei



23



Labuan



17 Mei



24



Semporna



17 Mei



25



Pitas



18 Mei



26



Kota Marudu



18 Mei



27



Tuaran(Tamparuli dan Kiulu)



20 Mei



28



Menumbok



21 Mei



29



Kuala Penyu



21 Mei



30



Membakut



21 Mei



31



Ranau



22 Mei



32



Putatan



22 Mei





Peringkat kampung sila buat takwim sendiri.

*Tiada maklumat- Tanjung Aru



Kaamatan kali ini memfokus kepada nilai-nilai kebudayaan dalam usaha menyatukan pelbagai etnik di negeri Sabah, manakala tema yang dipilih adalah 'Keamanan melalui Budaya' dengan harapan masyarakat Sabah akan menyedari pentingnya keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.



Pelancaran akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Dewan Pa'Musa Beaufort 1hb. Mei 2008. Dijangkakan 3,000 orang akan menyertai acara-acara tradisional dan mewakili segenap etnik dari seluruh Negeri Sabah. Acara ini juga akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records. Untuk tujuan ini Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM600,000 bagi menjayakan pelbagai aktiviti kebudayaan.



Seperti tahun sudah, penutupan akan dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah di Hongkod Koisaan KDCA pada 31 Mei 2008. Jangan lupa pada tarikh ini juga merupakan acara kemuncak yang ditunggu-tunggu iaitu Ratu Unduk Ngadau bagi tahun 2008.



Sama-sama kita nantikan bagaimana bentuk pelaksanaan Pesta Kaamatan tahun ini, diharapkan tidak ada lagi isu-isu yang mencemari perayaan kali ini (walaupun perkara kecil namun kesannya tetap ada) terutamanya yang berkait dengan pengadilan dan pemilihan peserta.

Sunday, January 20, 2008

Kaamatan Unduk Ngadau KSS

www.tips-fb.com Iklan Murah RM3/USD1
Kaamatan Kadazan Society Sabah (KSS). ekk apa ni? persatuan baru ka?
.
Pemenang akan mewakili ke peringkat KDCA.

Selanjutnya

Related Posts with Thumbnails